Utusan Borneo (Sarawak)

KPVJ Baza Baie Bintulu ungguli Kejohanan Petanque Merdeka 2018

-

BINTULU: Pasukan KPVJ Baza Baie Bintulu mengunggul­i Kejohanan Petanque Merdeka 2018 berlangsun­g pada 31 Ogos hingga 1 September lalu di Arena Petanque Kampung Jepak di sini.

Selaku juara pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.

Kejohanan anjuran Kelab Petanque Vaie Jepak ( KPVJ) itu turut menyaksika­n PEPSEL RR dari Limbang merangkul naib juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan medal.

Manakala tempat ketiga diraih Kemena BEE’s KPVJ ( Bintulu) menerima wang tunai RM500 dan medal. Diikuti tempat keempat menerima RM300 dan medal disandang KPVJ Munen ( Bintulu).

Tempat kelima hingga ke- 10 diraih BINEO MZJ C ( Bintulu), Asri Team ( Bintulu), Xpandable ( Miri) dan Extreme ( Miri) masing- masingnya menerima hadiah sagu hati RM100.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Presiden Persatuan Petanque Sarawak ( PEPSAR), Othman Mat.

Turut hadir Setiausaha PEPSAR Janudin Ab Rahman, Pengerusi KPVJ Azahar Mohamad, Pengerusi Kelab Petanque Insider Bintulu Ismawi Bujang dan Pengerusi Taman Riada Jepak, Wadzanie Johari.

Azahar berkata, pertanding­an itu merupakan acara tahunan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n negera dan pertanding­an itu yang kelima pernah diadakan sejak 2014.

B e l i a u b e r t e r i m a kasih kepada PEPSAR menyokong pertanding­an itu serta pasukan seluruh Sarawak bukan sahaja Bintulu tetapi sejauh Kuching, Limbang, Serian, Miri dan Betong.

Berikutan sambutan menggalakk­an itu pihaknya menganjurk­an pertanding­an tersebut pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia