Utusan Borneo (Sarawak)

Menentang komunis antara yang tidak akan saya lupakan: Zulkiple

-

PENGALAMAN menentang pengganas komunis antara kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Zulkiple Kassim sepanjang perkhidmat­annya sebagai seorang anggota tentera.

Beliau yang akan menamatkan tanggungja­wabnya sebagai PTD bermula semalam berkata, pertempura­n dengan Pasukan Gerakan Komunis (PGK) pada akhir tahun 1981 itu berlaku di Bukit Berapit.

“Mereka (PGK) telah menyerang Kompeni B, 6 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) melalui jalan raya Betong/Keruh.

“Ketika itu, saya berpangkat Leftenan, memimpin pasukan ‘Platun No 5’ sebagai ‘Ketua Strong Point Kanan’ membalas tembakan musuh yang mempunyai kekuatan 40 hingga 50 orang.

“Dalam pertempura­n itu, tujuh anggota telah cedera manakala 16 orang pengganas komunis berjaya ditembak mati dan 14 orang pengganas lagi ditemui tanpa kepala di kebun getah Kampung Kapaek Perenggan, Betong,” katanya kepada pemberita selepas selepas hadir ke Perbarisan Penghargaa­n PTD ke-26, Kem Perdana Sungai Besi, di Kuala Lumpur kelmarin.

Beliau yang telah berkhidmat selama 42 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam membantu operasiope­rasi di perbatasan seperti di Lahad Datu.

Tambahnya, beliau turut memainkan peranan penting memberi bantuan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabang­sa, 10 tahun lalu.

“Saya (Panglima 4 Divisyen ketika itu) menerima panggilan jam 4 pagi oleh rakan saya dan terus bergegas ke sana bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.

Zulkiple akan bersara wajib pada 23 Februari tahun hadapan dan akan digantikan oleh timbalanny­a, Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi melalui majlis serah terima tugas di Kementeria­n Pertahanan(MINDEF), Jalan Padang Tembak, petang semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Zulkiple memeriksa kawalan kehormat pada majlis persaraan beliau di Wisma Pertahanan.
— Gambar Bernama PERIKSA: Zulkiple memeriksa kawalan kehormat pada majlis persaraan beliau di Wisma Pertahanan.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSARA: Zulkiple (dua kiri) beramah mesra bersama anggota tentera selepas memeriksa kawalan kehormat ketika hadir pada majlis persaraan beliau di Wisma Pertahanan. Turut sama isterinya Puan Seri Zaleha Md Yusof (kiri).
— Gambar Bernama BERSARA: Zulkiple (dua kiri) beramah mesra bersama anggota tentera selepas memeriksa kawalan kehormat ketika hadir pada majlis persaraan beliau di Wisma Pertahanan. Turut sama isterinya Puan Seri Zaleha Md Yusof (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Zulkiple memberi tabik hormat sebaik tiba di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi pada Majlis Perbarisan Penghargaa­n Panglima Tentera Darat Ke-26.
— Gambar Bernama TABIK HORMAT: Zulkiple memberi tabik hormat sebaik tiba di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi pada Majlis Perbarisan Penghargaa­n Panglima Tentera Darat Ke-26.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia