Utusan Borneo (Sarawak)

Kejutan buat insan tersayang dalam di TV Okey

-

SEBUAH program khas bertajuk ‘Ekspresi Kasih’ bagi menghargai ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada anak-anak mereka yang dibuat secara kejutan sedang bersiaran menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam 13 episod yang disiarkan setiap Isnin, jam 11.00 pagi di TV Okey (Astro 109), pengacara Ashraf Muslim akan menemui dan berbincang bersama anak-anak daripada satu keluarga yang dipilih bagi membuat suatu kejutan yang agak luar biasa kepada ibu atau bapa ataupun kedua ibu bapa sebagai satu penghargaa­n atau cara membalas budi dan jasa orang tua mereka yang telah banyak berkorban untuk membesarka­n mereka selama ini.

Episod pengenalan­nya Ashraf ke Sungai Buloh, Selangor bagi menemui keluarga Puan Enon Sujak yang ingin membuat kejutan kepadanya.

Setelah berbincang, mereka mengambil keputusan untuk membawa Puan Enon menaiki helikopter di Taman Tasik Titiwangsa bagi membolehka­n Puan Enon menikmati panorama bandar raya Kuala Lumpur.

Seterusnya Ashraf ke Pinggiran Bukit Jalil bagi menemui anak-anak Encik Mahmud Abu yang ingin membuat kejutan kepada ibu bapa mereka sempena ulang tahun perkahwina­n ke 34. Mereka membuat keputusan untuk menyediaka­n makan malam bagi ibu bapa mereka di atas bot.

Episod berikutnya membawa penonton ke Putrajaya untuk mengaturka­n kejutan kepada Puan Rodziah Abd. Mutalib.

Mereka menetapkan untuk membuat kejutan dengan menjemput artis kegemaran emak mereka iaitu Hail Amir untuk datang ke rumah memandangk­an emak mereka adalah peminat tegar Hail Amir.

Kunjungan ke Balakong menemui Puan Noor Faiza Abdul Rahim dan anak-anaknya yang ingin membuat kejutan kepada ayah mereka, Encik Abdul Rahman Rosli.

Mereka berbincang dan membuat keputusan untuk menemukan ayah mereka yang merupakan peminat tegar muzik rock dengan seorang pemain gitar profesiona­l iaitu Izo XPDC dan ‘jamming’ bersama Izo. Encik Rahman merasa sungguh teruja dapat berjumpa dengan pemuzik yang dianggapny­a sebagai ‘legend’.

Ada juga episod merealisas­ikan hasrat isteri dan anak-anak kepada Encik Silahudin Ahmad untuk membuat kejutan kepada ayah mereka. Mereka ke Seri Kembangan untuk berbincang dan membuat perancanga­n untuk membeli semula sebuah motosikal Vespa kesayangan ayah mereka yang terpaksa dijual suatu ketika dahulu.

Ashraf sekali lagi ke Presint 9, Putrajaya untuk berjumpa dengan Raudzah Ismail bersama adik-beradik dan abang iparnya. Mereka merancang untuk membuat kejutan kepada abah dan emak mereka, Encik Ismail Ibrahim dan Puan Rohani Bedah sempena ulang tahun perkahwina­n mereka yang ke-46.

Saksikan juga episod anak yang menemukan ibu ayah mereka dengan idola pemain badminton negara iaitu Roslin Hashim, menganjurk­an ‘candle light dinner’ untuk ayah dan emak mereka di Port Dickson, dan kejutan kepada abah dan emak dengan mengadakan perjumpaan keluarga memandangk­an mereka adik-beradik serta abah dan emak tidak pernah berkumpul bersama.

Demi merapatkan lagi ikatan kekeluarga­an, episod berikutnya membawakan kejutan sempena hari jadi ayah mereka iaitu Encik Rosli Mansor yang telah kehilangan isterinya sejak dua tahun lepas.

Turut direalisas­ikan impian Nur Liyana Fauzi membuat kejutan kepada ayah dan emaknya sempena hari jadi emaknya tetapi perancanga­n itu tidak menjadi kerana ayahnya balik kerja awal. Nur Liyana, ayahnya dan seorang emak saudaranya telah berbincang dan mengambil keputusan untuk mengundang artis menyambut hari jadi emaknya di rumah.

Episod akhir mengadakan kejutan persanding­an semula untuk ayah dan mama yang diaturkan dengan jayanya oleh anak-anak mereka.

Perasaan mereka juga tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata kerana kesungguha­n yang dilakukan anak-anak mereka.

 ??  ?? MENARIK: Ashraf bersama pasangan yang disandingk­an semula oleh anak-anak mereka.
MENARIK: Ashraf bersama pasangan yang disandingk­an semula oleh anak-anak mereka.
 ??  ?? HOS: Ashraf Muslim dalam salah satu episod Ekspresi Kasih.
HOS: Ashraf Muslim dalam salah satu episod Ekspresi Kasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia