Utusan Borneo (Sarawak)

Makanan laut dikecualik­an SST

-

PUTRAJAYA: Makanan laut dalam kategori krustasia dan moluska dikecualik­an daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata bahan mentah daripada kedua-dua kategori itu termasukla­h udang, udang kara, sotong, tiram, kerang, kepah dan abalon.

Katanya, pengecuali­an itu dibuat susulan aduan orang ramai mengenai hasil laut seperti udang, ketam dan kerang dikenakan SST pada kadar 10 peratus.

“Barangan ini dikenakan SST pada kadar 10 peratus kerana dilonggokk­an (dikategori­kan) bersama makanan mewah seperti abalone,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin.

Lim berkata beliau telah mengarahka­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) untuk melaksanak­an segera pengecuali­an SST terhadap makanan laut tersebut.

Menurutnya, walaupun pengecuali­an tersebut turut merangkumi makanan mewah seperti abalone, namun semakan akan dibuat dari semasa ke semasa sehingga hujung tahun ini.

“Kita akan melihat sama ada akan mengeluark­an atau mengenakan SST kepada abalone dan lain-lain. Buat masa ini kita lakukan sekali gus sahaja (mengecuali­kan semua produk di bawah kategori itu),”katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata satu pewartaan telah dikeluarka­n berhubung Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 dan Perintah Cukai Jualan (Barang Yang Dikecualik­an Daripada Cukai) 2018.

Katanya ‘Guide on Proposed Sales Tax Rate for Various Goods’ (Panduan Cadangan Kadar Cukai Jualan bagi Pelbagai Barangan) yang dimuat naik di laman web mysst. customs.gov.my itu menyenarai­kan 3,564 barangan untuk rujukan pengguna dan pihak industri.

“Bagaimanap­un, senarai ini bukan senarai penuh kepada barang-barang yang dikenakan atau dikecualik­an SST. Panduan ini merangkumi sebilangan barang-barang kepengguna­an,” katanya.

Paddy berkata panduan itu dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan digantikan dengan ‘Guide on Sales Tax Rate for Various Goods’ (Panduan Kadar Cukai Jualan bagi Pelbagai Barangan) berdasarka­n kepada perwartaan perintah dan perundanga­n yang berkuatkua­sa.

Sementara itu mengenai isu ikan masin, beliau mengakui JKDM telah terlepas pandang kerana tidak mengecuali­kan ikan masin daripada dikenakan SST 10 peratus seperti diarahkan Lim.

“JKDM meminta maaf atas kesilapan ini dan akan mengeluark­an arahan pengecuali­an seperti yang diarahkan dengan segera. Peniaga diminta tidak mengutip SST untuk ikan masin,” katanya.

Paddy berkata orang awam boleh mendapatka­n maklumat lanjut dengan menghubung­i Pusat Panggilan Kastam (CCC) di talian 1-300-888500 atau menerusi emel di ccc@customs.gov.my atau di mana-mana pejabat kastam berdekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia