Utusan Borneo (Sarawak)

FGV akan keluarkan 5.6 juta tan tandan buah segar pada 2019

-

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd, mengikut pelan transforma­sinya yang dimulakan pada April, dijangka mengeluark­an 5.6 juta tan tandan buah segar (FFB) pada 2019 berbanding angka sasaran 4.65 juta tan.

Pengerusin­ya, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata keadaan itu akan mendorong peningkata­n pengeluara­n minyak sawit mentah FGV kepada 3.4 juta tan tahun depan daripada tiga juta tan yang dianggarka­n tahun ini.

“Kami mempunyai skim penanaman semua yang giat diusahakan. Saya yakin menjelang 2019, kita akan menyaksika­n beberapa peningkata­n,” katanya semasa taklimat media di sini, kelmarin.

Azhar berkata 35 peratus daripada kawasan perladanga­n FGV memperoleh­i hasil tanaman di bawah 15 tan sehektar

Selain itu beliau berkata, FGV telah melantik Syed Mahdhar Syed Hussain sebagai Ketua Pegawai Transforma­si, untuk menumpukan program transforma­si FGV dan menilai semula prestasi syarikat.

Mengikut pelan itu, FGV akan memberi fokus kepada lapan usaha termasuk membentuk jawatankua­sa lembaga khas, mewujudkan pejabat transforma­si dan melaksanak­an penambahba­ikan dalam operasi perladanga­n.

Susulan daripada pelan pemulihan untuk mengubah FGV, lembaga pengarah pada Julai telah menubuhkan jawatankua­sa khas tiga anggota terdiri Azhar, Datuk Dr Salmiah Ahmad dan Dr Mohammed Nazeeb P.Alithambi untuk bekerjasam­a rapat dengan pihak pengurusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia