Utusan Borneo (Sarawak)

Halfest Giant 2018 tawar harga terendah produk halal

-

SERDANG: Fiesta Halal Malaysia (Halfest) Giant 2018 menawarkan harga terendah produk halal bagi membantu pengguna menangani peningkata­n kos sara hidup.

Ketua Pegawai Eksekutif Sharpers (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Shukri Abdullah berkata buat pertama kali juga ekspo halal terbesar negara ini menjalin kerjasama dengan hypermarke­t terbesar di Malaysia, Giant.

“Setelah 11 tahun Sharpers menganjurk­an ekspo, ini merupakan ‘ pilot project’ di mana kita adakan dengan kerjasama dengan syarikat peruncitan dan Giant menjadi pilihan kerana ia merupakan syarikat peruncitan terbesar di negara ini.

“Sebagai peneraju harga terendah setiap hari, Giant akan menawarkan harga rendah terus daripada vendor-vendornya di samping produk IKS halal di negara ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Halfest Giant 2018 di sini kelmarin.

Majlis disempurna­kan Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muiz Abdul Aziz.

Mohd Shukri berkata, ekspo ini juga akan membuka peluang kepada pengusaha IKS yang terlibat memasarkan produk mereka melalui Giant.

Katanya selain daripada harga yang ditawarkan lebih rendah daripada harga pasaran, pengguna juga akan mendapat baucar diskaun RM5 bagi pembelian RM100 yang boleh digunakan di mana-mana outlet Giant.

Halfest Giant 2018 akan berlangsun­g pada 26 hingga 30 September ini di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan.

Lebih 570 syarikat dan vendor dijangka menyertai ekspo yang menyediaka­n 677 ruang pameran ini.

Seramai 150,000 pengunjung dijangka hadir ke ekspo yang akan beroperasi 11 pagi hingga 9 malam ini dan masuk adalah percuma. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia