Utusan Borneo (Sarawak)

Mydin dan Boost tawar pembayaran tanpa tunai

-

KUALA LUMPUR: Jaringan peruncitan dan pemboronga­n terbesar tanah air, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) semalam mengumumka­n jalinan kerjasama dengan Boost, aplikasi e- dompet tempatan bagi menyediaka­n kaedah pembayaran tanpa tunai di kesemua gedung beli-belahnya.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata inovasi yang dilancarka­n itu seiring dengan keperluan berubah mengikut peredaran zaman bersama pengguna di Malaysia.

“Berbekalka­n lebih 20 juta pengguna telefon pintar di Malaysia, kami ingin menerapkan penggunaan dompet mudah alih dengan Boost untuk mencipta tanggapan yang kuat terhadap jenama kami terutamany­a kalangan pengguna muda.

“Kami yakin gandingan dengan aplikasi dompet mudah alih tempatan ini boleh memajukan perniagaan kami dengan langkah yang paling sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Christophe­r Tiffin berkata telefon pintar memainkan peranan penting di era digital untuk menguruska­n komunikasi dalam kehidupan peribadi mahupun di tempat kerja.

“Peralihan ini akan memberikan pengalaman beli-be- lah yang lebih sempurna dan selamat, tanpa perlu bimbang dengan masalah tunai di tangan yang tidak mencukupi.

“Ia juga membantu keluarga mengurus serta menjimat perbelanja­an bulanan secara kolektif sambil menerima bayaran balik (manfaat) pada masa yang sama,” katanya.

Boost mempunyai lebih tiga juta pengguna sehingga hari ini serta 35,000 lokasi di seluruh negara. Pengguna Android dan iOS boleh memuat turun aplikasi Boost dari Play Store dan App Store.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web https:// www. myboost. com. my/ dan media sosial Boost. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia