Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan PH perlu lihat keperluan Sarawak

Rakyat Sarawak masih perlu kemudahan jalan untuk menghubung­kan kawasan pedalaman dan luar bandar

- Oleh Mastura Ismail

Kerajaan PH perlu melihat keperluan rakyat yang masih memerlukan pembinaan lebih banyak jalan penghubung khususnya di luar bandar. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

LIMBANG: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melihat keperluan rakyat Sarawak yang masih memerlukan kemudahan asas termasuk jalan raya dibina bagi menghubung­kan kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata masih banyak kawasan pedalaman dan pesisir pantai di negeri ini memerlukan jalan penghubung yang perlu diberi perhatian kerajaan PH bukan hanya mengambil kira kepadatan penduduk.

“Kerajaan PH perlu melihat keperluan rakyat yang masih memerlukan pembinaan lebih banyak jalan penghubung khususnya di luar bandar.

“Mereka (PH) tidak harus melihat kepada kawasan mempunyai kepadatan penduduk kerana keadaan muka bumi Sarawak begitu luas berbanding negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan Projek Jalan Hulu Tubai Mentawai/Gunung Buda sejauh 63 kilometer dari bandar Limbang di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an (MIDT) Anuar Da’an, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Noor Ismail Razali dan tetamu lain.

Menteri Muda Pembanguna­n Insfrastru­ktur dan Pengangkut­an itu berkata Sarawak tidak mempunyai peluang mendapat peruntukan lebih daripada kerajaan persekutua­n sekiranya mereka hanya melihat kawasan mempunyai kepadatan penduduk.

Beliau berkata, Sarawak sentiasa berusaha membina lebih banyak jalan pesisir dan jalan pedalaman bagi menghubung­kan kawasan luar bandar dan penempatan jauh di negeri ini.

Menurutnya, jalan penghubung itu penting bagi meningkatk­an sosioekono­mi rakyat, pembukaan tanah selain membuka kepada aktiviti pertanian dan penternaka­n.

“Rangkaian jalan raya dan jambatan di kawasan pesisir kini dilaksanak­an bukan sahaja untuk mengubah landskap kawasan pedalaman dan luar bandar malah melonjakka­n taraf hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, pembinaan Jalan Hulu Tubai Mentawai/ Gunung Buda sejauh 27 kilometer amat signifiken membuka laluan ke Gunung Buda yang merupakan satu lagi kawasan pelanconga­n berpotensi menarik pelancong memasuki utara negeri ini.

Julaihi berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan berjummlah RM130 juta membina jalan terbabit ke Gunung Buda, satu lagi destinasi pelanconga­n menarik seperti Gunung Mulu di Miri.

Sebelum ini, pelancong luar negara yang berkunjung ke Gunung Buda terpaksa melalui jalan ke Kuala Mendalam menaiki bot ke Mentawai dan Terikan sebelum ke Gunung Buda.

 ??  ??
 ??  ?? PANORAMA INDAH: Julaihi (empat kiri), Hasbi (enam kiri), Paulus, Noor Ismail dan tetamu menikmati keindahan di kaki Bukit Kemau ketika melawat Projek Jalan Hulu Tubai Mentawai semalam.
PANORAMA INDAH: Julaihi (empat kiri), Hasbi (enam kiri), Paulus, Noor Ismail dan tetamu menikmati keindahan di kaki Bukit Kemau ketika melawat Projek Jalan Hulu Tubai Mentawai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia