Utusan Borneo (Sarawak)

PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP

120 guni pakaian ‘bundle’ dirampas, tiga lelaki tempatan ditahan.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tiga lelaki dipercayai cuba menyeludup keluar 120 guni pakaian ‘bundle’ menggunaka­n lori ditahan kurang 200 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 (BN11) PGA Superinten­den Rosdi Inai berkata, hasil maklumat dan risikan, anggotanya melakukan serbuan ke lokasi kejadian dipercayai ‘jalan gajah’ berhampira­n Kampung Sebobok, Stass dan berjaya menahan dua lori sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati lori yang ditutup menggunaka­n kanvas menyerupai lori muatan sawit itu membawa guni yang mengandung­i pelbagai jenis pakaian ‘bundle’ dianggarka­n bernilai RM50,000.

“Pemeriksaa­n lanjut setiap lori tersebut didapati membawa 60 guni pakaian ‘bundle’ yang disusun rapi.

“Siasatan terhadap tiga lelaki tempatan iaitu dua pemandu lori dan seorang kelindan mendapati mereka gagal menunjukka­n sebarang dokumen sah berhubung muatan tersbeut.

“Justeru, kesemua pakaian tersebut serta lori dan ketigatiga lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Kem PGA BN11 Batu Kawa di sini, semalam.

Rosdi berkata, jumlah keseluruha­n rampasan termasuk lori dianggarka­n mencecah RM190,000.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun bersama barang-barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutny­a.

“Selain itu, suspek juga akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, Rosdi memo- hon kerjasama orang ramai untuk menyalurka­n sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah rentas sempadan agar tindakan segera dapat diambil.

“Kita mohon masyarakat yang tingal berdekatan sempadan agar dapat menyalurka­n sebarang maklumat terutama aktiviti-aktiviti yang berlaku di sempadan yang boleh mengancam keselamata­n negara.

“Setiap maklumat yang kita terima amat dipandang serius dan kita ambil tindakan susulan daripada setiap maklumat yang kita perolehi,” katanya.

 ??  ?? RAMPAS: Rosdi (tengah) bersama pegawai PGA BN11 menunjukka­n pakaian ‘bundle’ yang dirampas. DISITA: Lori yang digunakan untuk menyeludup keluar pakaian ‘bundle’ tersebut.
RAMPAS: Rosdi (tengah) bersama pegawai PGA BN11 menunjukka­n pakaian ‘bundle’ yang dirampas. DISITA: Lori yang digunakan untuk menyeludup keluar pakaian ‘bundle’ tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia