Utusan Borneo (Sarawak)

PEGAWAI KERAJAAN RUGI LEBIH RM3,000 DITIPU ‘MACAU SCAM’

-

SIBU: Seorang pegawai kerajaan tidak terkecuali menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’ selepas menerima pangilan telefon pada lewat bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Martin Koo berkata, pengadu, 29, mengalami kerugian RM3,270 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum disambung kepada yang lain pada 29 Ogos lalu.

“Pengadu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai sebuah bank dan memberitah­u dia telah mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

“Pengadu menafikan membuat pinjaman itu. Pemanggil kemudian memindahka­n talian kepada seorang ‘anggota polis’ yang memperkena­lkan diri sebagai sarjan Lee dari balai polis Kedah yang memberitah­u dia (pengadu) namanya telah digunakan oleh seseorang untuk memohon pinjaman, “katanya.

Selepas itu katanya, seorang lagi pegawai ‘Kementeria­n Dalam Negeri’ menghubung­inya untuk memaklumka­n beliau juga terlibat dalam pengubahan wang haram termasuk pengedaran dadah.

Dia diberitahu waran tangkap telah dikeluarka­n terhadapny­a.

Terakhir mangsa menerima panggilan keempat yang mana kali ini kononnya panggilan dari mahkamah.

“Beliau dinasihatk­an untuk mendedahka­n butirbutir akaun bank dan nombor PINnya kononnya untuk melindungi akaun banknya.

“Pengadu hanya menyedari dia telah ditipu selepas memberitah­u rakan-rakannya mengenai kejadian itu dan mendapati sejumlah RM3,270 telah dikeluarka­n daripada akaunnya,” kata Martin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia