Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda disyaki lakukan ugutan jenayah terhadap teman wanita direman tiga hari

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang pemuda yang ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap teman wanitanya supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Karam Singh Karnal Singh dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Karam memberitah­u bahawa suspek, 22, dari Tudan Fasa 4 di sini telah ditangkap sekitar jam 5.15 petang, 3 September lalu di sebuah bilik sewa di Taman Merbau di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan satu laporan polis yang diterima Balai Polis Pusat Miri daripada seorang pelajar wanita berusia 22 tahun.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 7.30 pagi hari sama (3 September) ketika berada di rumah sewanya di Taman Merbau di sini, beliau telah dipukul oleh teman lelakinya hanya kerana dia tidak membenarka­n lelaki terbabit memeriksa kandungan telefon bimbitnya.

Menurut pengadu, teman lelakinya itu sering memegang dan memeriksa kandungan telefon bimbitnya kerana terlalu cemburu dan mengesyaki pengadu ada hubungan dengan lelaki lain.

Pengadu juga mendakwa lelaki terbabit turut menumbukny­a di bahagian mata dan leher hingga menyebabka­n kesakitan dan lebam selain mencucukny­a menggunaka­n sebatang penyepit makanan sambil mengugut mahu membunuh pengadu.

Dalam permohonan lanjutnya, Karam berkata memandangk­an siasatan lanjut polis masih belum dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru memohon reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek bagi membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman selama tiga hari sehingga 7 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia