Utusan Borneo (Sarawak)

50 mahasiswa, pelajar sertai Program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara

-

KUCHING: Seramai 50 mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi tempatan termasuk pelajar tingkatan enam menyertai Program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara yang diadakan barubaru ini.

Program yang berlangsun­g di Bilik Seminar Kuching di Metrocity di sini, merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dengan tujuan membantu peserta mengenai teknik belajar yang berkesan dan efektif

Ia juga diadakan bagi mendidik tentang kaedah pembelajar­an, pengambila­n nota, pengurusan masa dan cara-cara menjawab soalan peperiksaa­n dengan betul.

Malah, program itu sebagai platform membantu para pelajar mendapatka­n keputusan cemerlang sekali gus memperoleh Anugerah Dekan pada setiap semester.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk sesi ceramah disampaika­n penerima Anugerah Rektor pada Konvokesye­n Ke-29 Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia 2013 Mohammad Fazril Mohd Salleh.

Turut hadir Yang Dipertua PERKEPIS Muhammad Zharif Azhari dan Setiausaha Agung PERKEPIS Shahril Aqmal.

 ??  ?? KENANGAN: Peserta merakam kenangan selepas menyertai Program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara anjuran PERKEPIS di Kuching, baru-baru ini.
KENANGAN: Peserta merakam kenangan selepas menyertai Program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara anjuran PERKEPIS di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia