Utusan Borneo (Sarawak)

Serena mara tetapi juara bertahan, Stephens terkandas di suku akhir Terbuka AS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Juara enam kali, Serena Williams, menangani permulaan buruk sebelum menewaskan pilihan kelapan kejohanan, Karolina Pliskova 6-4 dan 6-3 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka AS.

Jaguh tuan rumah itu, yang memburu rekod menyamai 24 kejuaraan Grand Slam, bermula hambar membolehka­n Pliskova mendahului awal.

Tetapi Williams bangkit berjaya memenangi lapan permainan berturut- turut untuk memenangi set pertama dan mendahului 4-0 pada set kedua menentang lawan yang menewaskan­nya di separuh akhir di sini pada 2016.

“Saya hanya mahu bermain lebih bagus,” kata Williams ketika bercakap tentang fikirannya apabila ketinggala­n 1-3 pada set pertama. “Saya berfikir saya boleh bermain dengan lebih bagus lagi dari ini, jadi ia satu berita yang baik.”

Williams mengurangk­an kesilapan dan melakukan beberapa pukulan servis kencang, di mana beliau melakukan 13 servis kencang untuk menempah pertemuan separuh akhir menentang pilihan ke-19 dari Latvia, Anastasija Sevastova, yang mengejutka­n juara bertahan, Sloane Stephens 6- 2 dan 6-3.

Pliskova berkata Williams bermain terlalu bagus pada mata penting.

“Beliau melakukan pukulan bila ia amat diperlukan dan pukulan beliau sukar dibalas,” kata Pliskova.

“Set kedua, beliau mengubah rentak servis dan ia menyukarka­n saya untuk mencari penyelesai­an.”

Williams berkata beliau kini bermain tanpa sebarang desakan.

“Saya merasakan saya sekarang bermain dengan lebih bebas kerana saya melahirkan anak pada waktu ini tahun lepas, jadi saya tidak perlu membuktika­n apa-apa,” kata Williams, yang memburu kejuaraan Grand Slam pertama beliau sejak anak perempuann­ya, Olympia lahir pada 1 September 2017.

Jika memenangi kejohanan di sini buat kali ketujuh, beliau akan menyamai rekod Chris Evert untuk kejuaraan paling banyak di Terbuka AS dan menyamai rekod Margaret Court untuk rekod keseluruha­n Grand Slam.

Seorang lagi pemain tuan rumah, Stephens, enggan menyalahka­n cuaca panas pada sesi petang di atas kekalahann­ya kepada Sevastova, termasuk kegagalan menyempurn­akan mana-mana mata pendahulua­n pada set pertama.

“Apabila anda gagal bermain dengan baik pada mata penting, ia boleh menjejaska­n keyakinan anda,” kata beliau. “Dari segi mental dan fizikal, saya kelihatan tidak serasi.”

Sevastova mempamerka­n permainan lebih bertenaga selain mempelbaga­ikan pukulannya.

Selepas mendahului 4- 1 pada set kedua, beliau mengakui beliau terkenang kembali perlawanan suku akhir tahun lepas, di mana Stephens bangkit dari ketinggala­n set ketiga untuk menewaskan­nya pada permainan tiebreak.

Apa yang pasti, Stephens ada cuba bangkit tetapi Sevastova tidak mengulangi kesilapan yang sama tahun lepas dan menamatkan permainan dengan meyakinkan.

“Saya hilang sedikit rentak,” akui Sevastova. “Saya fikir beliau juga hilang rentak tetapi ia normal. Ia saingan ke separuh akhir.”

Kekalahan buat Stephens dan Pliskova melengkapk­an ketiadaan 10 pemain pilihan teratas, walaupun Pliskova menjelaska­n senarai piliha nke-17 buat Williams ketika ini tidak menggambar­kan cerita sebenar.

“Beliau ( pilihan) di 17 tetapi beliau bukan pemain yang seharusnya berada di senarai ke-17,” kata Pliskova. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia