Utusan Borneo (Sarawak)

Nauru kecam diplomat tertinggi China ‘biadab’

Tuduhnya cuba guna kekuatan Beijing untuk buli negara pulau kecil itu ketika Forum Pulau-Pulau Pasifik

- Muka

YAREN: Presiden Nauru telah melabel diplomat tertinggi China di Forum Pulau-Pulau Pasifik sebagai “biadab” dan menuduhnya cuba menggunaka­n kekuatan Beijing untuk membuli negara pulau kecil itu.

Kemarahan Presiden Baron Waqa menyusuli pertikaman lidah di sidang kemuncak yang beliau hoskan kelmarin apabila Du Qiwen dari China cuba berucap dalam persidanga­n itu tentang perubahan iklim tetapi Waqa enggan membenarka­nnya untuk bercakap.

Du dan delegasi China kemudian meninggalk­an persidanga­n, dan Du dilaporkan berlegar-legar di sekitar bilik persidanga­n untuk menekankan kemarahann­ya sebelum beliau meninggalk­an bilik tersebut.

Waqa, pemimpin negara yang menyokong Taiwan dan menolak musuh utamanya China dalam usaha mendapatka­n pengiktira­fan diplo- matik, sudah menimbulka­n kemarahan Beijing sebelum sidang kemuncak bermula berhubung perbalahan mengenai visa.

Nauru enggan mengecop visa kemasukan pada pasport diplomatik China, sebaliknya menyatakan ia hanya akan memproses pasport peribadi mereka.

Walaupun kelihatan seperti perkara kecil, ia mencetuska­n ancaman boikot daripada negara anggota PIF lain, kebanyakan­nya menerima bantuan pembanguna­n dan pinjaman konsesi dari Beijing.

Waqa, pemimpin negara yang mempunyai hanya 11,000 penduduk sahaja dan meliputi sebuah kawasan seluas 21 kilometer persegi, tidak peduli selepas beliau mendapati diri berbalah dengan kuasa dunia berkenaan.

Beliau menuduh Du cuba menunjuk-nunjukkan kuasanya dan tidak menghormat­i hakikat bahawa pemimpin negara di persidanga­n itu memegang jawatan yang lebih tinggi daripadany­a dan sewajarnya didengari terlebih dahulu.

“Beliau mendesak dan sangat kurang ajar, dan mencetuska­n keributan, dan menangguhk­an mesyuarat pemimpin selama beberapa minit, sedangkan dia hanya seorang pegawai,” kata Waqa di satu sidang akhbar lewat kelmarin.

“Mungkin kerana dia datang dari sebuah negara besar, dia mahu membuli kita.”

Ketegangan itu mengetenga­hkan sensitivit­i berhubung pengaruh Beijing yang semakin meningkat di rantau Pasifik, di mana China menyediaka­n bantuan yang dianggarka­n sebanyak AS$ 1.78 bilion ( RM6.76 bilion) kepada negara-negara pulau antara 2006-16.

“Kuasa lembut” yang digunakan oleh Beijing telah mencemaska­n Australia dan New Zealand, dan kedua-dua negara telah merangsang program bantuan masing-masing dalam usaha untuk memelihara pengaruh di rantau yang mereka anggap sebagai kawasan mereka sendiri.

China bukan anggota PIF tetapi merupakan sebuah daripada 18 negara yang hadir sebagai “rakan dialog” untuk perbincang­an dengan negara anggota.

Sementara itu seorang wartawan New Zealand yang telah ditahan reman oleh polis kerana mewawancar­a seorang pencari suaka telah mempertika­ikan laporan rasmi mengenai layanan terhadapny­a.

Pegawai Nauru menegaskan pemberita TVNZ Barbara Dreaver tidak ditahan dan “mengiringi polis secara sukarela”, tetapi Dreaver berkata ini tidak benar.

“Untuk rekod, saya tidak mengiringi polis secara sukarela,” katanya.

“Mereka mengarahka­n saya untuk menutup kamera, merampas telefon saya selama 3-4 jam, memberitah­u saya bahawa saya telah melanggar syarat visa, berkata mereka membawa saya ke balai polis dan mengarahka­n saya ke dalam kenderaan polis.

“Mereka bersikap profesiona­l sepanjang proses tetapi ia bukan sukarela.”

Nasib kira-kira 900 pelarian yang ditahan di pulau itu di bawah dasar imigresen keras Australia telah mengancam untuk membayangk­an sidang kemuncak itu, walaupun usaha dibuat oleh pihak berkuasa Nauru untuk mengawal wartawan yang melawat.

Akreditasi Dreaver di PIF pada mulanya ditarik balik tetapi beliau berkata semalam ia sudah diberikan balik kepadanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Waqa ketika bercakap pada sidang media menjelang Forum Pulau-Pulau Pasifik di Aiwo pada Isnin lepas.
— Gambar AFP TEGAS: Waqa ketika bercakap pada sidang media menjelang Forum Pulau-Pulau Pasifik di Aiwo pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia