Rusia tuduh AS guna fosforus putih dalam pengeboman di timur Syria
MOSCOW: Rusia kelmarin menuduh Amerika Syarikat (AS) melakukan pengeboman menggunakan fosforus putih di timur Syria terhadap sasaran tentera di kawasan awam, yang telah diharamkan di bawah undang- undang antarabangsa.
“Dua pesawat F- 15 AS telah melakukan pengeboman pada 8 September ( Sabtu) menyasarkan kawasan Hajin di wilayah Deir Ezzor menggunakan peluru fosforus yang boleh menyebabkan kebakaran,” kata jeneral Rusia Vladimir Savtchenko dalam satu kenyataan.
“Serangan ini mengakibatkan pertempuran sengit. Kami telah mengesahkan maklumat yang berkaitan dengan kemungkinan kematian dan kecederaan,” tambah beliau.
Di Syria, kumpulan pejuang jihad Negara Islam (IS) masih mengawal satu bahagian di Deir Ezzor di antara Sungai Euphrates dan sempadan Iraq, dan masih berada di gurun Syria yang luas.
Satu pakatan antarabangsa yang diketuai oleh AS telah membantu pakatan terdiri daripada pejuang Kurdish dan Arab dari Pasukan Demokratik Syria (FDS) yang selama beberapa bulan telah melakukan serangan bagi mengusir IS.
Pihak tentera Rusia, yang campurtangan dari segi ketenteraan sejak 2015 di Syria untuk menyokong pasukan tentera sekutunya Presiden Bashar al- Assad, dituduh pada Mac oleh Syrian Ob- servatory for Human Rights sebagai telah menggunakan bom mudah terbakar semasa serangan rejim terhadap kubu kuat pemberontak di Ghouta Timur berhampiran Damsyik.
Moscow telah menolak dakwaan itu sebagai satu “penipuan yang memalu- kan”.
Penggunaan fosforus putih adalah tidak dibenarkan di bawah Konvensyen Geneva bagi penggunaan terhadap orang awam dan terhadap sasaran tentera yang sahih di kawasan- kawasan yang mempunyai populasi besar orang awam. — AFP