Orang utan ditemui mati dengan kesan tembakan
SANDAKAN: Seekor orang utan ditemui mati dengan kesan tembakan di Sungai Kinabatangan pada Selasa.
Pegawai Seranta Jabatan Hidupan Liar Sabah Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata post-mortem ke atas orang utan betina berkenaan menemukan tiga butir peluru penabur di dalam tubuhnya dan haiwan itu mati akibat pendarahan dalaman yang teruk.
Jabatan menerima laporan berhubung karkas haiwan spesies paling terancam itu dilihat hanyut di Sungai Kinabatangan dan petugas Pejabat Hidupan Liar Kinabatangan serta warden hidupan liar kehormat daripada HUTAN-Kinabatangan Orangutan Conservation memulakan pencarian, katanya dalam kenyataan, di sini semalam.
Pasukan mencari menemui karkas tersebut pada hari sama kira-kira 500 meter dari tempat ia dilaporkan dilihat hanyut. — Bernama MELAKA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi tumpuan pada pelaksanaan program ‘myMaker’ untuk melahirkan lebih ramai pencipta dalam kalangan generasi muda negara ini.
Ketua Bahagian Teknologi dan Masyarakat MCMC Aisharuddin Nuruddin berkata program berasaskan teknologi sebagai pencetus inspirasi dalam kalangan remaja itu juga memberi pendedahan dan kesedaran terhadap kepentingan ‘Internet of Things’ (IoT) pada masa hadapan.
Beliau berkata penumpuan terhadap program itu juga searas dengan penyediaan negara ke arah Revolusi Industri 4.0 yang meletakkan IoT sebagai asas pada segala peranti elektronik.
“Inisiatif ‘ myMaker’ ini kita tumpukan pada kanakkanak, pelajar sekolah serta dewasa untuk mereka menjadi seorang yang kreatif dan mampu menghasilkan ciptaan yang mungkin boleh dijual atau dikomersialkan.
“MCMC mempunyai makmal di Cyberjaya yang boleh dikunjungi orang ramai sebagai platform bimbingan dan latihan inovasi asas untuk mencipta sesuatu produk,” katanya kepada pemberita selepas perasmian seminar ‘Desruptive Technology Transformation 4th Industry Revolution: Opportunities and Challenges’ di sini, semalam.
Seminar sehari yang dianjurkan MCMC dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka itu dirasmikan Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee.
Mengulas lanjut, Aisharuddin berkata institusi pengajian tinggi di negara ini diharap dapat melaksanakan inisiatif ‘myMaker’ dengan menjadikan program itu sebagai antara subjek yang ditawarkan kepada pelajar.
MCMC sedia memberi kerjasama untuk pihak universiti terlibat mewujudkan ‘myMaker’ space dengan peralatan tertentu yang boleh digunakan pelajar untuk melatih atau mencungkil daya kreativiti dan setakat ini kerjasama telah dijalin dengan Universiti Malaysia Perlis, Universiti Utara Malaysia di Kedah dan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
MCMC juga memberi latihan dan tunjuk ajar kepada guru subjek reka bentuk teknologi di beberapa sekolah terpilih di Melaka baharu-baharu ini untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran terhadap perkembangan semasa teknologi.
Sementara itu, Kerk berkata seminar itu selaras dengan aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan untuk menjadikan Melaka sebagai ‘smart city’ pada masa hadapan. — Bernama