Sampah ‘musuh’ utama sistem saliran di Melaka
PASIR SALAK: Kerajaan negeri, menerusi pelbagai agensinya, akan berusaha membantu usahawan industri asas tani serta industri kecil dan sederhana (IKS) meningkatkan pendapatan dengan mengembangkan produk mereka ke pasaran lebih tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata, terdapat ramai usahawan yang menghasilkan pelbagai jenis produk di Perak tetapi sukar untuk memasarkannya kerana banyak saingan.
“Akhirnya, produk itu seperti ‘hidup segan mati tak mahu’. Oleh itu, kita (kerajaan negeri) bercadang untuk membuka lebih banyak pusat pengumpulan hasil produk asas tani dan IKS di seluruh negeri,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Institut Agro Usahawan (iGrow) dan Komuniti Ekonomi Pasir Salak (KEPS) di sini semalam.
Mengenai lawatan kerjanya itu, Abdul Yunus berkata, iGrow berjaya menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi Pasir Salak kerana berjaya memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
“Saya berbangga memperakukan bahawa KEPS sudah memiliki kepelbagaian potensi pertanian dan perladangan serba lengkap serta komprehensif yang mana kepelbagaian sumber semula jadi setempat dibangunkan secara komersial.
“Sebagai contoh menukar dusun tradisional kepada kompleks farmstay, menjadikan kegiatan sungai sebagai industri ikan sangkar dan memanfaatkan bekas lombong sebagai tarikan agro pelancongan serta ladang integrasi,” katanya.
Abdul Yunus berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan pembangunan KEPS untuk menjadikan potensinya terus berkembang, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat. — Bernama MELAKA: Masalah pembuangan sampah meratarata tempat bukan sahaja menyebabkan kecacatan kepada keindahan persekitaran, tetapi menjadi ‘musuh’ utama kepada sistem saliran air di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab itu tentunya akan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti penyakit, sistem saliran yang tersumbat yang akhirnya mengakibatkan banjir dan juga gangguan bekalan air.
“Minggu lepas berlaku gangguan bekalan air di Melaka yang disebabkan kerosakan pam air Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang tersumbat akibat sampah masuk ke kawasan empangan air apabila berlaku hujan lebat.
“Oleh itu orang ramai dinasihatkan sentiasa berdisiplin dengan membuang sampah ke dalam tong sampah disediakan dan tidak melonggokkan sampah itu sesuka hati. Sampah yang tidak dibuang dengan sempurna boleh masuk ke sungai apa- bila hujan dan juga ke dalam empangan,” katanya kepada Bernama di sini.
Mohd Sofi berkata, kesedaran orang ramai penting dan selain menguruskan kerja-kerja pembersihan sampah dengan sempurna, pihak berkuasa tempatan ( PBT) perlu mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menguruskan sampah mereka dengan baik.
“Kesedaran ini harus dipunyai semua orang kerana jika segelintir sahaja sedar dan ramai tidak sedar tentang sampah yang menjejaskan saliran air kita, maka sudah tentu isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila.
“PBT juga perlu sediakan tong sampah yang mencukupi dan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi selain meningkatkan lagi pengurusan sampah di negeri ini dengan mengambil langkah-langkah jangka pendek dan panjang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal itu.
Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee pula berkata longkang dan sistem perparitan tersumbat di Melaka baru, kawasan Taman Seri Jati dan Kampung Sungai Putat merupakan antara penyebab berlakunya banjir kilat di kawasan terbabit.
“Sebagai cara penyelesaian jangka pendek, pembersihan longkang besar itu (di Melaka Baru) dan longkang di dalam taman telah dilakukan. Langkah tersebut telah dibuktikan berkesan kerana tidak berlakunya banjir kilat selepas kerja pembersihan walaupun hujan sederhana lebat selama dua jam.
“Pada kebiasaannya 45 minita hujan lebat di kawasan berkenaan akan sebabkan banjir kilat. Tetapi saya kesal apabila hanya selepas tiga atau empat minggu pembersihan dijalankan, sampah akan terkumpul semula dan tersumbat semula,” katanya.
Kerk berkata, keadaan ini menyebabkan pihaknya terpaksa mengunakan peruntukan ADUNnya sendiri untuk mengupah kontraktor membersihkan longkang besar di kawasan itu yang kembali tersumbat akibat sampah walaupun baru diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR) beberapa minggu lepas.
“Saya dalam proses perbincangan dengan pihak PBT dan JKR supaya meningkatkan kekerapan pembersihan longkang bagi mengelakkan banjir kilat. Pada masa yang sama, saya menyeru orang ramai tidak membuang sampah merata-rata dan sedar akan peranan masing- masing,” katanya. — Bernama