The Saints terpaksa akur berkongsi mata
SOUTHAMPTON: Glenn Murray ternyata menjadi duri dalam daging bagi Southampton sekali lagi apabila Brighton bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 di stadium lawan dengan seteru mereka di pantai selatan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.
Pierre-Emile Hojbjerg meletakkan pasukan ‘The Saints’ di hadapan di St Mary’s dengan satu cubaa jarak jauh yang cantik 10 minit sebelum waktu rehat.
Mereka menjadikan kedudukan 2-0 pada pertengahan babak kedua menerusi tendangan penalti daripada Danny Ings.
Tetapi dua minit kemudian, Brighton merapatkan jurang dengan satu gol menerusi tandukan Shane Duffy dan pasukan ‘The Seagulls’ menyamakan kedudukan pada minit ke-91 apabila Murray menyempurnakan tendangan penalti - gol ketiganya dalam tiga perlawanan menentang pasukan ‘The Saints’.
Ia merupakan perlawanan kedua berturut-turut di mana Brighton telah bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk berkongsi mata ekoran keputusan seri 2-2 dengan Fulham.
Ini juga adalah keputusan seri ketiga berturut-turut dalam liga di antara Southampton dengan Brighton.
Keputusan itu meletakkan Southampton dan Brighton masing- masing di tempat ke-13 dan ke-14 dalam carta liga, pasukan ‘The Saints’ di hadapan hanya berdasarkan kelebihan jaringan.
“Ia adalah perlawanan kedua di mana kami telah bangkit selepas ketinggalan 2-0,” kata pengurus Brighton, Chris Hughton, kepada Sky Sports. “Kita perlu melihat jati diri tetapi juga beberapa kelemahan yang meletakkan kami di kedudukan itu pada mulanya, pujian kepada pemain, mereka bertindak balas dengan baik.”
Hughton, yang merenungkan gol penyamaan, menambah: “Selepas ketinggalan 2-1 di tempat lawan dan tendangan penalti, kita tidak akan mempunyai orang yang lebih tenang lagi daripada Glen Murray.”
Sementara itu sebarang keseronokan yang dirasai Hojbjerg ketika dia menjaringkan gol yang cantik diatasi kehampaannya selepas melihat ‘The Saints’ mensia-siaka kelebihan 2-0.
“Ia tidak cukup bagus,” tegasnya. “Jika anda mahu serius dan pencabar, anda tidak boleh melepaskan perlawanan seperti ini.”
Hojbjerg menambah: “Ia adalah bagus untuk menjaringkan gol yang bagus seperti ini tetapi saya mahu menang, itu sahaja yang penting.”
Southampton menjaringkan gol pendahuluan yang menakjubkan pada minit ke-35.
Brighton menanduk keluar bola hantaran lintang dari kawasan penalti dan bola jatuh kepada Hojbjerg.
Dari jarak 36 ela, pemain Denmark itu meledakkan rembatan kecang ke dalam sudut bawah, dengan bola yang melencong masuk lewat dari luar tiang gol. Ia adalah jaringan yang tidak memberi peluang kepada Mat Ryan, penjaga gol Brighton dari Australia.
Anak buah Mark Hughes menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-65 apabila Ings sendiri menjaringkan gol daripada tendangan penalti, yang diberikan selepas asakan yang buruk daripada by Gaetan Bong ke atas Ings dalam kotak penalti, dengan rembatan rendah melepasi tangan kanan Ryan. — AFP