Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS DI BULATAN DBKU

-

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang­inya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Bulatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Jalan Semariang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Abdul Kadir Bujang, 57, dan berasal dari Kampung Semariang Tanah Merah, di sini.

“Kemalangan berlaku sekitar jam 8.55 pagi melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri di bahu jalan lalu melanggar pembahagi jalan dan jatuh di sebelah bulatan tersebut.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Alexson dalam kenyataan juga memberitah­u mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

Sementara itu, satu lagi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang anggota polis berlaku di Kilometer 8.5 Jalan Bau-Kuching (Siniawan) dekat sini sekitar jam 7.05 pagi semalam.

Menurut Alexson, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila mangsa yang dari arah Balai Polis Siniawan gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu terbabas ke bahu jalan berhampira­n dengan parit sedalam dua meter.

“Mangsa kemudian terjatuh ke dalam parit konkrit tersebut dan tidak sedarkan diri sehingga dia disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik dari Hospital Bau akibat kecederaan di kepala,” katanya.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Marekan Sabet, 56, kemudian dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat selepas berjaya diusung keluar dari dalam parit tersebut dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau.

Kedua-dua kes tersebut kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MAUT: Anggota dari BBP Bau berusaha mengeluark­an mangsa dari dalam parit dalam kemalangan di Siniawan. TRAGIK: Mangsa (gambar kanan) disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Bulatan DBKU.
MAUT: Anggota dari BBP Bau berusaha mengeluark­an mangsa dari dalam parit dalam kemalangan di Siniawan. TRAGIK: Mangsa (gambar kanan) disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Bulatan DBKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia