Utusan Borneo (Sarawak)

Syor turunkan umur mengundi ada kelebihan, kelemahan: Dr Hazland

-

KUCHING: Cadangan untuk menurunkan usia kelayakan mengundi kepada 18 tahun di negara ini dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahann­ya.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Hazland Abang Hipni berkata, antara kelebihann­ya ialah pengundi pada usia itu boleh bersuara terhadap perkara atau hal-hal yang melibatkan golongan belia selain dapat mempromosi­kan pemikiran sivik mereka.

“Malah dengan melaksanak­an cadangan ini, kita dapat membangunk­an minat mereka (pengundi usia 18 tahun) dalam sistem politik sekali gus baik untuk sebuah negara membangun,” katanya menerusi kenyataan medianya semalam.

Bagaimanap­un, dari sudut kelemahann­ya, Dr Hazland berkata, pengundi berusia 18 tahun dianggap terlalu muda untuk melakukan dan memenuhi tanggungja­wab penting dalam sistem politik negara

“Pada usia muda ini, mereka berasa waswas dengan kemampuan dan keyakinan diri dalam melakukan keputusan yang betul untuk memilih dalam kotak undi selain mudah dipengaruh­i dengan politik radikal atau pengundian secara sukarela,” katanya.

Sementara itu, bagi pengundi berusia 21 tahun, katanya, mereka telah mula mempunyai sifat keyakinan diri berbanding dengan pengundi berusia 18 tahun yang masih mendengar kepada orang luar untuk membuat keputusan .

“Selain itu, pengundi muda ( 18 tahun) mudah dieksploit­asi terutama dengan berita palsu di media sosial sementara pengundi lebih matang mempunyai pengalaman dalam membuat keputusan rasional,” katanya.

Mengambil contoh, kata Dr Hazland, pada masa ini, umur pengundian untuk negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja telah dikurangka­n kepada 18 tahun.

“Manakala, Malaysia dan Singapura kekal umur mengundi pada usia 21 tahun. Justeru, melihat kepada isu ini, saya berasakan cadangan atau usul untuk menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun berbanding 21 tahun yang diamalkan di negara ini mempunyai pro dan kontranya,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia