Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Kampung Nangka buat julung kali anjurkan sambutan perayaan Kuih Bulan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

MIRI: Seorang lelaki warga emas terselamat dalam kejadian rumah runtuh akibat cuaca buruk di Kampung Tunku Abdul Rahman (TAR), Lambir dekat sini pada malam Rabu lalu.

Mangsa yang berusia 68 tahun bersendiri­an di rumah ketika kejadian sekitar jam 12 tengah malam itu.

Hujan lebat berterusan dan angin kencang men- gakibatkan bahagian belakang rumah berusia lebih 50 tahun itu runtuh.

Empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke lokasi pada keesokanny­a untuk melakukan pemeriksaa­n setelah menerima aduan daripada orang awam.

Tiada kecederaan dilaporkan dan mangsa kini menetap bersama jiran. SIBU: Bagi mengukuhka­n lagi semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Nangka hadir dengan inisiatif meraikan perayaan Kuih Bulan yang julung kali diadakan di sekolah itu, semalam.

Pengetuany­a Kiew Soon Lee berkata, program itu diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar dari kaum-kaum lain mengenali dan memahami perayaan Kuih Bulan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Cina.

Beliau berkata, lebih 90 peratus pelajar di sekolah itu terdiri daripada pelajar Bumiputera.

“Melalui aktiviti sebegini, kita akan lebih memahami antara satu sama lain dan seterusnya menjalin perpaduan yang kukuh dalam kalangan warga sekolah, khususnya para pelajar.

“Malah, idea ini merupakan cetusan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Affendie Senawi yang berasa gembira kerana ia dapat dijayakan pada hari ini (semalam),” ujarnya semasa berucap pada majlis itu.

Selain Program Perpaduan Perayaan Kuih Bulan, turut diadakan ialah Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Program DWEN.

Berhubung Program Bulan Kebangsaan, Kiew berkata pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah yang mempunyai satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotism­e dan nasionalis­me.

Katanya lagi, Bulan Kebangsaan adalah masanya untuk para pelajar menunjukka­n taat setia kepada negara tercinta.

“Kita harus bersyukur kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang harmoni, aman serta sejahtera.

“Kita dapat hidup dengan aman dan makmur kerana kita mengamalka­n nilai-nilai bertolak ansur dan saling menghormat­i yang dapat menjalin hubungan dan seterusnya perpaduan.

“Oleh itu, kita harus menghargai perjuangan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaa­n negara.

“Usaha gigih dan pengorbana­n mereka tanpa mengharapk­an apa-apa ganjaran, membolehka­n kita hidup dalam suasana yang penuh

Melalui aktiviti sebegini, kita akan lebih memahami antara satu sama lain dan seterusnya menjalin perpaduan yang kukuh dalam kalangan warga sekolah, khususnya para pelajar. Kiew Soon Lee Pengetua SMK Kampung Nangka

aman dan damai,” ujarnya.

Program itu dimeriahka­n dengan pelbagai acara antaranya pengenalan perayaan Kuih Bulan, persembaha­n tarian kipas, penyampaia­n hadiah dan pemberian Kuih Bulan kepada para pelajar.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Kiew (empat kanan) bersama tetamu jemputan yang lain memotong Kek Bulan sebagai simbolik perasmian sambutan Perpaduan Perayaan Kuih Bulan dan Penghargaa­n Warga Emas di SMK Kampung Nangka, Sibu semalam.
RAIKAN BERSAMA: Kiew (empat kanan) bersama tetamu jemputan yang lain memotong Kek Bulan sebagai simbolik perasmian sambutan Perpaduan Perayaan Kuih Bulan dan Penghargaa­n Warga Emas di SMK Kampung Nangka, Sibu semalam.
 ??  ?? PERIKSA: Anggota APM memeriksa bahagian belakang rumah kayu yang runtuh di Kampung TAR.
PERIKSA: Anggota APM memeriksa bahagian belakang rumah kayu yang runtuh di Kampung TAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia