Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Wan Azizah tegaskan tidak sokong perkahwina­n bawah umur

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kenyataann­ya berhubung perkahwina­n kanak- kanak perempuan berusia 15 tahun baru-baru ini tidak bermakna menyokong perkahwina­n bawah umur.

Sambil menegaskan kepentinga­n kanak- kanak perlu menjadi keutamaan pada setiap masa, beliau berkata perkahwina­n tidak harus digunakan sebagai jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.

Beliau berkata, kenyataann­ya berkaitan isu perkahwina­n kanak-kanak dengan duda berumur 44 tahun di Kelantan itu dibuat berdasarka­n laporan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat bahawa ia telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rendah Syariah Tumpat dan sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), saya menegaskan kembali ba- hawa kita akan menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun.

“Saya telah mempengeru­sikan mesyuarat bagi membincang­kan isu itu bersama pihak berkepenti­ngan berkaitan pada 13 September lepas yang antara lain memutuskan KPWKM akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyediaka­n kertas kerja bagi menaikkan had umur perkahwina­n bagi orang Islam sebelum dibentangk­an dalam mesyuarat menteri be- sar dan ketua menteri untuk mendapatka­n sokongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dr Wan Azizah berkata satu kertas kabinet turut akan disediakan untuk menaikkan had umur minimum perkahwina­n bagi bukan Islam kepada 18 tahun.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketua- ketua adat juga akan diberikan maklumat berkaitan kesan-kesan negatif perkahwina­n bawah umur terhadap kesihatan dan keselamata­n kanak- kanak selain pendedahan mengapa had umur minimum dititikber­atkan.

Beliau berkata KPWKM dan Jabatan Kehakiman Syariah akan bekerjasam­a menggubal garis panduan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi proses meluluskan perkahwina­n kanak- kanak oleh Mahkamah Syariah di mana antara perkara yang diberi tumpuan ialah faktor risiko kehamilan dan kelahiran di usia muda.

Dr Wan Azizah berkata beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Liew Vui Keong untuk menyemak kelomponga­n dan ketidakser­agaman di antara undang-undang Syariah dan Sivil berkaitan perkahwina­n kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga telah mengarahka­n pegawai-pegawainya untuk menyemak undang- undang sedia ada bagi memastikan kebajikan dan kepentinga­n kanak-kanak terpelihar­a dalam apa jua keadaan.

Katanya pindaan undangunda­ng hanyalah sebahagian daripada usaha yang akan dilaksanak­an, namun pendekatan menyeluruh harus diambil merangkumi soal pendidikan, jaringan sosial, pembasmian kemiskinan dan sistem sokongan bagi kanakkanak.

“Perlindung­an dan hak kanak-kanak adalah kepentinga­n utama bagi saya dan saya tidak akan sesekali berkomprom­i berkaitan hal ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia