Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tolak perkahwina­n sejenis, LGBT

Konsep keluarga terdiri daripada lelaki, wanita serta anak-anak atau anak angkat

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an Suruhanjay­a Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua perkara yang diangap sebagai hak asasi manusia oleh Barat, termasuk perkahwina­n sejenis.

Beliau menegaskan sistem nilai di negara ini tidak sama seperti sistem nilai di negara- negara Barat yang lebih bebas.

“Di Malaysia ada perkaraper­kara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai

Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.

hak asasi manusia di negara Barat.

“Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgende­r ( LGBT), perkahwina­n antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini semalam.

Dr Mahathir berkata konsep keluarga di negara ini masih kekal iaitu terdiri daripada lelaki dan wanita serta anak-anak atau anak angkat, manakala perkahwina­n se- jenis tidak diiktiraf sebagai keluarga.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat JKKMAR yang turut dihadiri wakil SUHAKAM, bersetuju dengan syor supaya Akta Suhakam dipinda bagi memperkasa­kan suruhanjay­a itu.

Beliau berkata pindaan itu antara lain termasuk meningkatk­an kuasa SUHAKAM dalam aspek penguatkua­saan dan mengadakan mediasi atau pengantara­an.

Dr Mahathir berkata SUHAKAM juga memohon agar laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen. — Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia