Utusan Borneo (Sarawak)

Fungsi BPA ditukar kepada Ombudsman

-

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menggubal Akta Perkhidmat­an Awam bagi menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai- pegawai kumpulan pengurusan tertinggi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata mekanisme baharu akan diputuskan bagi mewujudkan proses kenaikan pangkat yang telus dan berintegri­ti bagi mengurangk­an ketidakpua­san hati semua pihak.

Menurutnya walaupun kenaikan pangkat pegawai ditentukan oleh menteri, ia tidak boleh dilakukan atas dasar peribadi.

“Kalau ada protes ataupun persetujua­n, (menteri) mesti memberi sebabnya. Bukan saja tidak suka orang itu atau tidak suka orang ini.

“Kalau ada kes tidak sesuai, sebab-sebabnya mestilah diberi,”katanyapad­asidangmed­ia selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat turut bersetuju supaya tiada lagi lantikan politik sebagai ketua misi Malaysia ke luar negara seperti duta dan pesuruhjay­a tinggi.

Katanya, hanya pegawai- pegawai dalam perkhidmat­an awam boleh dilantik ke jawatan tersebut.

“Orang yang sudah bersara dan diberi ganjaran untuk menjadi duta. Kami tidak akan membenarka­nnya. — Bernama PUTRAJAYA: Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan aduan awam di negara ini lebih berkesan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata langkah itu bagi menentukan jabatan-jabatan kerajaan tidak menyelewen­g atau terlibat dengan rasuah.

“Jika ada aduan terhadap jabatan kerajaan dan selepas diminta pembetulan dibuat, tetapi jika tidak dapat diselesaik­an, akan pergi kepada Ombudsman.

“Ombudsman ini bebas dan tidak diletak di bawah perdana menteri atau menteri-menteri,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Viu Keong dan Pengerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia