Utusan Borneo (Sarawak)

Meraih empat pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada temasya SUKMA XIX Perak 2018

- Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah

IPOH: Skuad silat Sarawak menutup tirai acara itu dengan cemerlang apabila meraih empat pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) Perak 2018 berlangsun­g di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar di sini.

Semalam, pingat emas keempat diperolehi oleh Syed Mohd Faiz Saiyid Abdillah yang berjaya menjatuhka­n wakil tuan rumah Perak, Mohamad Aqasha Fitri Arif Faizal selaku pemenang pingat perak 3-2 bagi kategori Kelas Bebas Lelaki 85-110kg.

Sementara itu, semalam skuad silat Sarawak turut meraih dua pingat perak masing- masing disumbangk­an oleh Mohd Abdul Latif Maxzakir yang tewas kepada pesilat Negeri Sembilan, Mohd Amir Izzat Khalid selaku pemenang pingat emas 4-1 bagi kategori Kelas G lelaki 75-80kg.

Satu lagi pingat perak diraih menerusi Mohd Adam Abdullah yang tewas 4- 1 kepada tuan rumah, Muhammad Amirul Faiz Aznan dalam kategori Kelas I Lelaki 85-90kg.

Sementara itu, kehebatan kontinjen Sarawak kian terserlah apabila pasukan memanah wanita menerusi gandingan Amber Francesca Naja, Esther Yong dan Kho Yee Ting turut menyumbang pingat emas bagi kategori compound berpasukan wanita.

Gandingan tiga pemanah muda itu berjaya mengumpul 223 mata mengatasi pasukan pemanah dari Kedah, Ezati Wardina Murdi, Fakhira Mat Said dan Norsyakira­h Mohd Rosli yang hanya mampu berpuas hati dengan pingat perak meskipun mengumpul jumlah mata yang sama 223.

Di samping itu, sukan angkat berat menyaksika­n dua pingat emas dan satu pingat perak disumbangk­an oleh kontinjen Sarawak dalam saingan di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah di sini semalam.

Dua pingat emas disumbangk­an oleh Jerry Gawan menerusi dua kategori yang diikutinya iaitu +105kg snatch lelaki dan + 105kg clean/jerk lelaki dalam acara sebelah petang.

Manakala, pingat perak dihadiahka­n Cheerylyn Upang Ikap menerusi kategori +90kg clean/jerk wanita dalam acara sebelah pagi.

Bagaimanap­un, perjuangan skuad boling padang Sarawak pada SUKMA XIX ini terhenti setakat semi final apabila tewas 10-13 pada tuan rumah, Perak bagi kategori empat berpasukan wanita di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan MBI di sini semalam.

S u k a n t i n j u y a n g berlangsun­g di Dewan Dato Lope Hashim, Bagan Datuk dekat sini petang semalam menyaksika­n Sarawak hanya mampu berpuas hati membawa pulang pingat perak selepas Daeloniel Mcdelon Bong tewas (0-5) di tangan Sabah, Khairul Azim Nasser bagi kategori bantam 56kg lelaki.

 ??  ?? TURUT MENYUMBANG: Pasukan memanah wanita turut tidak ketinggala­n sumbang pingat emas buat Sarawak semalam.
TURUT MENYUMBANG: Pasukan memanah wanita turut tidak ketinggala­n sumbang pingat emas buat Sarawak semalam.
 ??  ?? JUARA: Syed Mohd Faiz (belakang dua kiri) gembira menerima pingat emas acara silat. Turut kelihatan Datuk Snowdan Lawan (depan kanan) di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, Perak semalam.
JUARA: Syed Mohd Faiz (belakang dua kiri) gembira menerima pingat emas acara silat. Turut kelihatan Datuk Snowdan Lawan (depan kanan) di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia