Utusan Borneo (Sarawak)

PMNS memuji prestasi atlet muaythai Sarawak

-

KUCHING: Presiden Persatuan Muaythai Sarawak ( PMNS), Jumaat Ibrahim memuji prestasi membanggak­an atlet-atlet muaythai Sarawak pada SUKMA XIX Perak 2018 setelah mencipta kejayaan menggondol dua emas, satu perak dan tiga gangsa dalam acara yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Menurutnya, pencapaian cemerlang petinju- petinju kali ini jauh lebih baik berbanding temasya SUKMA 2013 di Kuala Lumpur di mana mereka hanya membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa.

“Alhamdulil­lah syukur. Kejayaan tersebut adalah usaha gigih serta disiplin jitu atlet-atlet sendiri. Mereka telah menjalani latihan dengan gigih di bawah jurulatih-jurulatih PMNS.

“Kejayaan pada SUKMA kali ini membuktika­n anakanak muaythai Sarawak mempunyai potensi besar dalam sukan ini serta layak untuk diketengah­kan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n ke atas Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan yang sentiasa menyokong program pembanguna­n dilaksanak­an PMNS dalam usaha memajukan sukan itu di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berharap PMNS terus mendapat sokongan dari kerajaan negeri mahupun syarikat korporat bagi membolehka­n mereka melahirkan lebih ramai lagi petinju muaythai yang mampu mengharumk­an nama negeri pada masa akan datang.

Pada hari terakhir acara tersebut kelmarin, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya meraih pingat emas selepas menewaskan Muhammad Azizi dari Terengganu dalam kategori 48kg-51kg lelaki.

Satu lagi emas disumbangk­an Aurora Xinghua Chai dengan menewaskan peserta Kedah, Siti Nur Fatihah dalam kategori 48kg-51kg wanita.

Sarawak turut meraih perak menerusi Kabilan Jelevan Thiagaraja­n (60kg-63.5kg) selepas tewas kepada atlet Terengganu, Mohd Fazzatkie.

Manakala tiga pingat gangsa masing-masing disumbangk­an oleh Prtasarath­ee Punniyamoo­rthy ( 45kg- 48kg lelaki), Elias Ghazali Zulfikar (54kg-57kg lelaki) dan Elia Zonia Augustine (54kg-57kg wanita).

 ??  ?? TERBAIK: Aurora (dua kiri) meraikan kejayaan bersama pemenang-pemenang lain pada temasya SUKMA XIX di Perak kelmarin.
TERBAIK: Aurora (dua kiri) meraikan kejayaan bersama pemenang-pemenang lain pada temasya SUKMA XIX di Perak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia