Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Saudi arah lelaki benar anak perempuann­ya miliki pasport

-

RIYADH: Sebuah mahkamah Arab Saudi mengeluark­an keputusan yang memihak kepada seorang wanita yang bapanya menolak untuk membenarka­n beliau mendapatka­n pasport, lapor media tempatan kelmarin, mencetuska­n desas- desus dalam kerajaan yang telah lama mempertaha­nkan sistem jagaan lelakinya.

Wanita berusia 24 tahun itu dari bandar barat Jeddah, yang namanya tidak dinyatakan telah meminta mahkamah agar membatalka­n peranan bapanya sebagai penjaga selepas bapanya enggan untuk mengambil langkah- langkah yang diperlukan untuk mendapatka­n sekeping pasport untuk beliau melanjutka­n pelajaran ke luar negara, menurut akhbar prokerajaa­n Okaz dan syarikat media Arab yang lain.

Sistem tradisi Arab mewajibkan kaum wanita agar mendapatka­n kebenaran daripada saudara lelaki terdekat mereka untuk banyak perkara, termasuk melancong dan berkahwin.

Mahkamah Arab Saudi telah mengarahka­n bapa plaintif agar membantu beliau mendapatka­n pasportnya, menu- rut laporan media, yang tidak menyatakan bila keputusan luar biasa itu dilakukan.

Menurut akhbar Okaz, wanita muda yang dikatakan sebagai menetap bersama dengan ibunya dan tidak pernah bertemu bapanya selama enam tahun.

Kerajaan ultra-konservati­f itu sejak beberapa bulan lepas menunjukka­n satu rangkaian bagi perubahan sosial yang meringanka­n sedikit sekatan terhadap wanita, termasuk membenarka­n mereka untuk memandu kereta, menghadiri perlawanan bola sepak dan memasuki bidang pekerjaan yang sebelum ini dikuasai oleh golongan lelaki, seperti pekerjaan notari.

Peranannya dalam program ‘Wawasan 2030’ yang meluas di negara ini, diluluskan pada April 2016, yang turut termasuk penswastaa­n gergasi minyak Aramco dan membentuk sebuah tabung kekayaan berjumlah $2 trilion.

Selain mengangkat peranan wanita dalam bidang pekerjaan, program itu turut meneliti pelaburan besar dalam sektor hiburan yang kurang membangun bagi meningkatk­an perbelanja­an domestik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia