Utusan Borneo (Sarawak)

Tembakan di gudang Maryland bunuh tiga

Texas dakwa pasangan Guinea atas tuduhan perhambaan

- Muka

CHICAGO: Sepasang suami isteri di Texas yang ada hubungan kekeluarga­an dengan presiden pertama negara Guinea di Afrika Barat telah didakwa atas tuduhan menjadikan seorang kanak-kanak Guinea sebagai hamba abdi di Amerika Syarikat (AS) selama 16 tahun.

Mohamed Toure dan Denise Cros- Toure didakwa pada Rabu lepas dengan lima pertuduhan persekutua­n iaitu buruh paksaan, menyimpan orang asing untuk keuntungan kewangan, dan konspirasi untuk melakukan buruh paksaan dan penyimpana­n orang asing. Mereka berdepan dengan hukuman penjara selama 30 tahun.

Toure, yang diberi perlindung­an suaka di AS pada 2000 dan menjadi warga negara pada 2005, adalah anak Ahmed Sekou Toure, presiden pertama Guinea, media AS melaporkan.

Pasangan terbabit ditangkap pada April lalu, dua tahun selepas jiran-jiran di sebuah kawasan pinggir bandar yang mewah dekat Dallas mem- bantu mangsa yang tidak dikenali itu melarikan diri, menurut pihak berkuasa.

Pendakwaan yang dibuat oleh juri agung Rabu lepas mendakwa mereka dengan penderaan budak itu selama bertahun-tahun, dan mendakwa dia dipaksa bekerja untuk mereka dengan mengancam kecederaan fizikal ke atasnya.

Peguam mereka, Scott Palmer, menafikan tuduhan itu, dan berkata bukti kerajaan adalah “lemah”.

“Ia pada asasnya adalah satu sumber yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk berbohong,” katanya dan mendakwa keluarga terbabit merancang untuk menghantar pulang mangsa yang didakwa ke negara asalnya.

Dokumen mahkamah memetik saksi, rekod sekolah, parut pada badan mangsa, dan rakaman audio, yang menurut polis membuktika­n penderaan dan perhambaan telah berlaku.

Budak itu berusia di antara lima hingga 13 tahun ketika dia dibawa ke AS pada 2000, menurut pihak berkuasa.

Dia didakwa disuruh nelakukan kerja rumah tanpa gaji selama berjam-jam dan menjaga lima anak pasangan itu, tetapi pada waktu yang sama dinafikan akses kepada pendidikan dan keistimewa­an lain, seperti mendapatka­n lesen memandu.

Pasangan itu merupakan anggota yang terkemuka dalam masyarakat pendatang dari Afrika di Texas dan dipercayai menikmati kekayaan yang banyak.

Laporan jenayah yang di- failkan April lalu menyebut mereka dipercayai tidak bekerja tetapi menerima kira-kira AS$200,000 setahun daripada “deposit seberang laut yang signifikan di antara 2010 hingga 2016.

Ahmed Sekou Toure dipuji kerana membantu memimpin kempen yang berjaya untuk mendapatka­n kemerdekaa­n daripada pemerintah­an Perancis dan dikritik kerana pencabulan hak asasi manusia.

Beliau meninggal dunia pada 1984 di Cleveland, Ohio. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia