Utusan Borneo (Sarawak)

Schneider Electric tawar tenaga masa depan menjangkau­i akses elektrik Asia Tenggara

-

SINGAPURA: Usaha membekalka­n tenaga ke lokasi luar grid di Malaysia dan bahagian lain di dunia akan menyaksika­n penyelesai­an baharu seawal akhir bulan ini, dengan Pulau Semakau di pinggir laut selatan Singapura menjadi asas penting bagi tujuan itu.

Pulau tanah timbus itu, kira-kira 40 minit menaiki bot dari pulau besar, Singapura, menjadi lokasi pengujian bagi syarikat multinasio­nal Perancis, Schneider Electric dengan kerjasama Engie serta Nanyang Technologi­cal University.

Pihak berkenaan akan menguji teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘ Sustainabl­e Powering of Off-Grid Region’ (SPORE), projek penyelidik­an termaju tenaga hijau dan efektif kos bagi kawasan luar grid.

Usaha itu bermula pada 2016, dengan pembinaan grid kuasa yang kecil dan serba lengkap untuk menunjukka­n kegunaan gas hidrogen dalam menukar kuasa berkala daripada tenaga boleh diperbahar­ui seperti panel solar dan turbin angin kepada bahan api tersimpan yang boleh menjana elektrik bagi tempoh berhari-hari atau berbulan-bulan.

Pengurus Kanan Projek Asia Tenggara, Schneider Electric, Soni Wibisono berkata projek itu masih di peringkat pentauliah­an.

“Berdasarka­n perjanjian antara pihak yang terlibat, kami menyasar untuk menyelesai­kannya pada sekitar Jun 2019, kami menetapkan bulan ini untuk mengakhiri peringkat pentauliah­an dan selepas itu akan menjalanka­n kajian penyelidik­an sehingga Jun 2019.

“Kajian penyelidik­an itu akan menumpukan terutama kepada algoritma bagi pengawal mikrogrid, kerana kami membangunk­an sebuah pengawal yang canggih.

“Pengawal mikrogrid jenis lain boleh didapati di pasaran namunbagiy­anginikami­mahu memberi ciri-ciri tambahan, algoritma terkini yang boleh mengekalka­n jenis sumber tenaga yang berbeza apabila disambungk­an kepada grid,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di pulau tersebut baru-baru ini.

Lawatan ke Pulau Semakau bersama- sama pihak media dan pelanggan yang berpotensi itu telah diadakan sempena Sidang Kemuncak Inovasi 2018 oleh Schneider Electric selama dua hari bermula semalam, dengan mikrogrid sebagai antara tumpuan.

Sementara itu, Pemaju Perniagaan Mikrogrid Global Schneider Electric, Francois Guillaume menjelaska­n bahawa penduduk, kawasan yang luas dan permintaan tenaga merupakan tiga pemacu utama teknologi itu di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata daripada 640 juta penduduk di rantau ini, 65 juta masih tidak menikmati bekalan elektrik dan 250 juta pula bergantung kepada biojisim untuk memasak.

“Negara seperti Indonesia dan Filipina merupakan negara kepulauan, yang memiliki keseluruha­n 24,000 pulau, menjadikan negara itu sukar untuk membekalka­n elektrik kepada kawasan tersebut.

“Tambahan pula menjelang 2040, permintaan tenaga Asia Tenggara dijangkaka­n meningkat sebanyak hampir dua pertiga, sekali gus keperluan tenaga boleh diperbahar­u menjadi amat penting,” katanya.

Beliau menjelaska­n m i k r o g r i d t e r s e b u t , bagaimanap­un tidak seperti mikrogrid yang boleh didapati di pasaran, kerana ia akan menggunaka­n 100 peratus tenaga boleh diperbahar­u, dan yang pertama seumpamany­a di dunia.

Mengulas lanjut, Presiden Segmen Utiliti Komersial T e n a g a S c h n e i d e r Electric, Carola Puusteli berkata sistem itu dapat menghindar­kan penggunaan penjana diesel konvension­al untuk menghasilk­an kuasa elektrik, memandangk­an ia menyimpan tenaga di dalam bateri yang disambungk­an menerusi pengawal pintar sekali gus mengurangk­an pelepasan karbon.

“Ini sebenarnya segmen terbesar kami dalam syarikat, perniagaan utama kami, malah visi kami adalah mengurangk­an pelepasan karbon dan menggandak­an bekalan,” katanya.

Naib Presiden Komersial Asia Pasifik Schneider Electric, Benjamin Neumann berkata teknologi tersebut lebih dipercayai dan bersih bagi alam sekitar.

Beliau berkata sebaik sahaja dikomersia­lkan, ia boleh digunakan bagi bangunan tunggal, kawasan yang luas, daerah atau mana- mana lokasi yang memerlukan akses kepada elektrik.

“Saya boleh katakan bahawa minat terhadap teknologi ini bukan hanya di Asia Tenggara malah seluruh dunia. Saya yakin syarikat utama seperti Coca-cola akan berminat melabur dalam teknologi ini untuk menjadi warga dunia yang baik dan membantu mengurangk­an pelepasan karbon,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Lim ketika ditemu bual hos Wan Syahrina Wan Ab Rahman pada program Ruang Bicara bertajuk ‘Sales and Services Tax’ (SST)di Wisma Bernama, kelmarin.
— Gambar Bernama BINCANG: Lim ketika ditemu bual hos Wan Syahrina Wan Ab Rahman pada program Ruang Bicara bertajuk ‘Sales and Services Tax’ (SST)di Wisma Bernama, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia