Utusan Borneo (Sarawak)

Johor mahu kaji semula segi tiga pertumbuha­n Sijori

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan mengkaji semula segi tiga pertumbuha­n Singapura-Johor-Riau (Sijori) dalam usaha meningkatk­an pembanguna­n ekonomi negeri dengan mengukuhka­n hubungan antara ketiga-tiga pihak.

Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah berkata konsep Sijori itu masih relevan pada masa kini dan menampilka­n potensi yang besar memandangk­an Johor, Singapura dan kepulauan Riau masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Sebelum ini, konsep itu tidak berlaku seperti dirancangk­an disebabkan faktor yang tidak diketahui. Jadikitaak­ankajisemu­lakerana yakin melalui konsep ini dapat memberi manfaat kepada ekonomi negeri,” katanya kepada pemberita selepas perasmian acara Seedbank Big Wheel di Sunway Iskandar, di sini, semalam.

Menurut Puah, Johor perlu memanfaatk­an peluang yang ada, apatah lagi dengan kedudukann­ya yang strategik serta berdekatan dengan Singapura dan Indonesia.

“K i t a j u g a p e r l u menggunaka­n kelebihan n e g a r a j i r a n u n t u k memastikan ekonomi kita terus berkembang seiring dengan mereka dan saya yakin konsep ( Sijori) ini mampu membawa ke arah itu,” katanya.

Sementara itu, Johor bakal menerima pelaburan sebanyak RM300 juta daripada sebuah syarikat elektrik dan elektronik dari Singapura.

“Syarikat tersebut telah menyatakan minatnya untuk membuka kilang mereka di Iskandar Malaysia yang dijangka mampu menawarkan sehingga 500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, ia masih dalam proses perbincang­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia