Utusan Borneo (Sarawak)

Mesir jadi destinasi eksport Proton pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd telah meletakkan Mesir dalam aktiviti eksportnya bagi 2018 semasa majlis pelepasan di kilang pembuat kereta itu di Tanjung Malim kelmarin.

Pada 22 Sept ini, sebanyak 225 kereta Proton akan berlepas dari Northport, Klang dan dijangka tiba di pelabuhan Iskandaria­h, Kaherah pada 6 Okt depan.

Kereta- kereta itu akan diterima oleh pengedar Proton Mesir, Alpha Ezz El-Arab, untuk diagihkan kepada tujuh cawangan dan peniaga yang melayani pasaran negara itu,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Majlis perlepasan di Tanjung Malim menandakan penghantar­an pertama kereta Proton ke Mesir dalam tempoh hampir tiga tahun, penghantar­an sebelum ini merangkumi 320 unit Proton Gen 2 dan Persona telah dibuat pada Disember 2015 sebelum terjejas akibat penurunan nilai mata wang di mana ianya agak mustahil membawa stok baharu kerana tidak kompetitif.

“Usaha oleh pengedar dan eksport alat ganti yang berterusan, bagaimanap­un, telah menjamin keperluan pemilik sentiasa dipenuhi semasa menunggu perubahan dalam iklim ekonomi.

“Dengan keadaan pasaran yang semakin baik, Proton sekarang ini mampu untuk mengembang­kan aktiviti eksport serta mengambil kesempatan ke atas pasaran automotif yang terus mencatatka­n pertumbuha­n ketara dalam jumlah keseluruha­n industri (TIV) bagi tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Kehadiran Proton akan diperkukuh­kan melalui tiga model baharu yang muncul buat pertama kali dalam pasaran Mesir, ini ditambah lagi dengan peningkata­n kualiti produk berikutan pengenalan proses audit produk yang digunakan oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed berkata, bagi menjamin stok yang mencukupi, pengedar telah menempah 280 unit tambahan untuk dihantar pada bulan depan dengan sasaran 1,000 kereta bagi keseluruha­n 2018.

S e l a i n d a r i p a d a menyambung jualan kereta baharu di Mesir, Alpha Ezz El- Arab juga akan memperkena­lkan Identiti Korporat Proton yang baharu ( CI) di tiga cawanganny­a dan ini merupakan langkah yang penting kerana ia akan menjadi kumpulan pertama yang membawa imej bilik pameran CI Proton terbaharu di luar Malaysia.

“L a n g k a h u n t u k menggunaka­n CI baharu kami menunjukka­n pengedar kami bergerak sejajar dengan hasrat kami bagi membina imej dan pengalaman jenama yang konsisten untuk Proton di peringkat antarabang­sa. Ia juga akan membantu dalam matlamat untuk menambah angka kepada lebih 13,000 kereta Proton yang telah terjual di Mesir sejak dari 2004,” katanya.

Proton Holdings Bhd dimiliki 50.1 peratus oleh Kumpulan DRBHICOM Bhd dan 49.9 peratus oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia