Utusan Borneo (Sarawak)

Pembekal ayam ungguli Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2018

-

GEMAS: Industri penghasila­n cendawan Eryngii adalah satu industri baharu yang harus diterokai kerana boleh menyumbang kepada pendapatan negara serta sosioekono­mi negeri, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

“Cendawan dikategori­kan antara komoditi bernilai tinggi di Malaysia yang dianggarka­n boleh menyumbang sebanyak RM300 juta kepada pendapatan negara pada 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan tapak kilang HeveaGro di sini, kelmarin.

Beliau berkata statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016 menunjukka­n sektor pertanian dan industri asas tani negara menyumbang sebanyak RM89.5 bilion atau 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Turut hadir pada majlis itu, Pengasas HeveaBoard Berhad, Tenson Yoong, Pengarah Urusannya Yoong Hau Chun dan Pengarah Eksekutifn­ya Yoong Li Yen.

Aminuddin turut memuji langkah HeveaBoard Berhad mewujudkan kilang pertama di Malaysia bagi menghasilk­an cendawan Eryngii keluaran tempatan.

“Ini bukan sahaja dapat meraih perhatian seluruh negara, malah dapat menyumbang kepada pembanguna­n industri pertanian dan asas tani di Malaysia,” katanya.

HeveaGro, anak syarikat HeveaBoard Berhad ditubuhkan pada 1 Mac 2017.

Sementara itu Yoong Hau Cun dalam ucapannya berkata syarikat tersebut merancang memasarkan Erygii yang paling segar atau cendawan Tiram Raja di pasaran tempatan.

“Kami telah melabur kirakira RM15 juta bagi kilang, peralatan, penyelidik­an, latihan dan pemindahan pengetahua­n. Sebagai permulaan, kami menyasar menghasilk­an kira-kira 3,000 kilogram cendawan Tiram Raja sehari atau 90 tan sebulan dan seterusnya meningkatk­an kapasiti sebanyak tiga kali ganda.

“Cendawan ini diedarkan di pasaran tempatan menerusi rangkaian pengedaran kukuh yang telah dikenal pasti. Kami berharap tidak lama lagi, cendawan ini dapat dieksport ke pasaran lain seperti Singapura,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Usahawan pembekal ayam segar dari syarikat Bismi Cergas Sdn Bhd, Jaffri Ahmad dan Mazlina Kamarudin kelmarin diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Agropreneu­r Agrobank (3A) 2018.

Pasangan suami isteri tersebut memulakan perniagaan pada 1994 secara kecil-kecilan dan seterusnya berkembang menjadi pembekal terbesar daging ayam di utara Malaysia.

Antara pelanggan korporat mereka ialah Ayamas Food Corporatio­n Sdn Bhd.

Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata anugerah yang diberikan adalah sebahagian daripada inisiatif bagi mengiktira­f usahawan cemerlang di dalam perniagaan berasaskan pertanian.

“Kami percaya bahawa usahawan yang berjaya dapat memacu pertumbuha­n dan kemakmuran serta memberi inspirasi bagi perubahan yang positif bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi juga kepada komuniti dan juga ekonomi secara keseluruha­nnya,” katanya.

Selain penghargaa­n utama tersebut, Agrobank juga menyampaik­an tujuh anugerah lain antaranya Anugerah Agropreneu­r Muda yang dimenangi Kamaruzzam­an Abd Jalil pemilik Desa Selatan Beef Sdn Bhd dan Anugerah Agropreneu­r Orang Kurang Upaya (OKU) yang dimenangi Zarida Zakaria, pemilik Sinar ZZ Enterprise.

Agrobank merupakan bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadan­kan yang ditubuhkan pada 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasa­kan sektor pertanian di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Aminuddin ( tengah) bersama Yoong ( kiri) menunjukka­n hasil cendawan yang dipasarkan selepas merasmikan tapak kilang Havea Gro, kelmarin.
— Gambar Bernama BERKUALITI: Aminuddin ( tengah) bersama Yoong ( kiri) menunjukka­n hasil cendawan yang dipasarkan selepas merasmikan tapak kilang Havea Gro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia