Catat penurunan sebanyak 386 kes sepanjang Januari hingga Ogos berbanding tempoh sama tahun lepas
KUCHING: Sarawak mencatat penurunan indeks jenayah sebanyak 386 kes iaitu 9.24 peratus sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata turut menunjukkan penurunan ialah jenayah harta benda yang menurun sebanyak 322 kes atau sembilan peratus.
“Berdasarkan jenayah yang dilaporkan di semua 28 daerah di negeri ini, didapati keadaan adalah selamat dan terkawal.
“Kadar indeks jenayah Kontinjen Sarawak menunjukkan penurunan jika dibandingkan antara 2017 dengan 2018 dari Januari hingga Ogos,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.
Tambah Azman, polis Sarawak juga komited memastikan seluruh negeri bebas daripada kegiatan
Berdasarkan jenayah yang dilaporkan di semua 28 daerah di negeri ini, didapati keadaan adalah selamat dan terkawal. Datuk Azman Yusof Pesuruhjaya Polis Sarawak
perjudian haram.
Katanya dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,583 serbuan berjaya dilak- sanakan terhadap perjudian haram.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 2,274 orang telah ditangkap dan sebanyak RM675,291 nilai rampasan barang- barang kes dicatatkan.
“Saya memberi komitmen supaya usaha- usaha pembanterasan perjudian haram seperti ini akan terus dipergiatkan lagi,” tegasnya.
Menurut beliau juga, seramai 112 penjenayah yang ter- libat dalam jenayah kekerasan dan harta benda telah diambil tindakan di bawah POCA sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
“Walaupun jenayah telah menurun, masyarakat umum masih beranggapan keadaan yang kini selamat masih membimbangkan.
“Justeru langkah proaktif dan progresif perlu diambil bagi menangani persepsi negatif ‘ fear of crime’ dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.
Turut diadakan pada majlis tersebut semalam ialah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Penghargaan kepada beberapa pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak.