Hong Leong sasar takaful ‘I-salam’ untuk belia
KUALA LUMPUR: Hong Leong MSIG Takaful (HLM Takaful) menyasarkan produk baharunya, ‘i-Salam,’ kepada golongan belia menerusi kempen kesedaran ‘Perlumbaan untuk Perlindungan’.
“I-Salam adalah pelan yang ideal untuk mereka yang berumur 20-an, yang baru memulakan kehidupan dan mahu perlindungan Takaful tanpa komitmen tinggi,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Di bawah produk Takaful menawarkan perlindungan selama 10 tahun itu, peserta berhak mendapat perlindungan lebih tinggi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
HLM Takaful berkata ia menyertai program ‘Perlumbaan untuk Perlindungan’ iaitu inisiatif Persatuan Takaful Malaysia (MTA) untuk meningkatkan kesedaran mengenai Takaful Keluarga kepada rakyat Malaysia.
Memetik laporan MTA pada 2017, ia berkata kadar penembusan Takaful Keluarga yang mencatatkan hanya 14.66 peratus di Malaysia merupakan satu pasaran yang belum diterokai.
“Oleh itu, HLM Takaful amat percaya bahawa program ini akan terus meningkatkan kadar penembusan Takaful Keluarga serta mengurangkan jurang perlindungan yang tinggi di negara ini,” katanya.
HLM Takaful berkata penyertaan dalam i-Salam adalah percuma tanpa kerumitan kerana hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.
Selepas 10 tahun, peserta mempunyai pilihan untuk memperbaharui sijil Takaful tersebut sehingga dua kali tanpa sebarang penajaan jamin dan pemeriksaan kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful Mohd Asri Omar berkata, perkongsian dengan MTA sesuai dengan pertumbuhan jangka panjang dan pelan pengembangan untuk menjadikantakafuldapatdiakses oleh semua rakyat Malaysia. — Bernama