Utusan Borneo (Sarawak)

KERINGAT MASIH DIPERLUKAN

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia ( PSM), dilihat mampu merealisas­ikan impian perbadanan itu untuk beroperasi tanpa mengharapk­an bantuan dana kerajaan bermula 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Azman Fahmi Osman berkata pihaknya bangga dan teruja dengan pelantikan itu, di mana lebih banyak pendangan di harapkan daripada Fernandes untuk meningkatk­an pendapatan PSM tanpa meningkatk­an kadar sewa sehingga membebanka­n orang ramai.

“Tidak mustahil untuk kami berdikari tanpa geran dari kerajaan kerana memang itu impian kami. Kita perlukan idea untuk menggunaka­n aset yang ada dengan lebih kerap daripada meningkatk­an harga untuk mendapat keuntungan.

“Sebagai contoh, kadar parking di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) masih RM2 sehari, boleh dikatakan paling murah di Kuala Lumpur. PSM juga mengutamak­an kegunaan aset kami untuk sukan dan menawarkan kadar istimewa untuk persatuan sukan,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Rabu lalu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumka­n pelantikan Fernandes sebagai Pengerusi PSM yang baharu menggantik­an Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz yang dilantik pada 2017.

Syed Saddiq menyatakan bahawa pemilihan tokoh korporat itu adalah tepat untuk membantu dan melakukan penambahba­ikan struktur dan operasi PSM, serta memulihkan keadaan kewangan semasa PSM yang mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.

D i t a n y a m e n g e n a i kerugian RM11 juta itu, Azman menjelaska­n bahawa ia merupakan geran yang diterima daripada kerajaan dan dilihat sebagai kerugian kerana PSM telah mula mengorak langkah untuk beroperasi tanpa sebarang bantuan kewangan dari kerajaan sejak 2015.

“Geran yang kita terima dari kerajaan semakin berkuranga­n... Pada 2014, kita terima RM30 juta lebih, yang kemudian turun ke RM24juta (2015), RM11.8 juta (2016) dan RM8juta pada tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata PSM juga menunggu keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan mengenai fasa kedua KLSC yang sepatutnya bermula pada hujung tahun lepas, selepas fasa pertama siap pertengaha­n 2017 untuk membolehka­n penganjura­n Sukan SEA.

Fasa pertama meliputi penambahba­ikan kemudahan sedia ada yang dilakukan oleh Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB), manakala fasa kedua pula meliputi pengkomers­ialan KLSC dengan pembinaan kemudahan pusat membeli belah, hotel, muzium sukan, pusat pameran, ruang pejabat dan tempat penjualan makanan dan minuman.

PSM menguruska­n 11 stadium termasuk Axiata Arena, Stadium Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik Nasional dan Pusat Skuasy Nasional di KLSC, Bukit Jalil.

PSM turut menguruska­n Stadium Hoki Tun Razak, Kompleks Tenis dan Pusat Skuasy di Jalan Duta, Stadium Bukit Juara di Bukit Juara, Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam, Selangor, serta Velodrom Nasional dan trek BMX di Nilai, Negeri Sembilan. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BENTANG: Azman pada sidang media mengenai pelantikan pengerusi baharu PSM, Tan Sri Tony Fernandes di Pejabat PSM, Technology Park Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama BENTANG: Azman pada sidang media mengenai pelantikan pengerusi baharu PSM, Tan Sri Tony Fernandes di Pejabat PSM, Technology Park Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia