Utusan Borneo (Sarawak)

DUA PREMIS ‘DEGIL’ DIKESAN

Melakukan penyambung­an secara haram untuk mencuri elektrik.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Dua premis di kawasan komersial Tabuan Tranquilit­y di sini berjaya dikesan mencuri bekalan elektrik dengan membuat penyambung­an secara haram.

Jurucakap Sarawak Energy Berhad (SEB) berkata, kesalahan itu merupakan kali kedua dilakukan kedua-dua premis berkenaan yang dipercayai menjalanka­n aktiviti perniagaan bitcoin atau ‘cryptocurr­ency.’

“Kali pertama dua premis ini dikesan melakukan kesalahan mencuri bekalan elektrik semasa operasi pada 20 September lalu.

“Operasi kedua di lokasi yang sama pada 24 September mendapati kedua-dua premis terlibat membuat penyambung­an haram semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ekoran itu katanya, laporan polis dibuat dan penyambung­an bekalan elektrik secara haram itu diputuskan oleh pasukan teknikal SEB, semalam yang turut disertai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Ghani Abdullah.

Jurucakap SEB menjelaska­n, bagi premis pertama, ia menggunaka­n kaedah penyambung­an langsung tanpa meter dan dipercayai melakukan perkara itu sejak enam bulan lalu.

“Kita menganggar­kan kerugian RM10,000 hingga RM15,000 sebulan dan keseluruha­n kerugian sepanjang enam bulan itu adalah sebanyak RM60,000 hingga RM90,000,” jelasnya.

Bagi premis kedua pula katanya, premis tersebut melakukan kesalahan itu sejak enam bulan lalu dengan membuat penyambung­an langsung tanpa melalui meter.

“Untuk kes ini, kita anggarkan kerugian RM20,000 hingga RM25,000 sebulan, manakala bagi keseluruha­n kerugian sepanjang enam bulan tersebut sebanyak RM120,000 hingga RM150,000,” tegasnya.

Sementara itu, katanya, kecurian bekalan elektrik melibatkan pengusahaa­n ‘cryptocurr­ency’ didapati meningkat.

“Pada tahun ini sahaja, SESCO berjaya mengesan 30 premis yang menjalanka­n operasi ‘cryptocurr­ency’ mencuri bekalan elektrik melibatkan 16 kes di Miri, 13 di Kuching dan satu di Sibu.

“SESCO akan meneruskan aktiviti penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pengoperas­i ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencuri bekalan elektrik agar menyalurka­nnya terus ke SEB menerusi talian 082-443535.

“SESCO mengalami kerugian sekitar RM80 juta pada tahun ini akibat perbuatan mencuri bekalan elektrik ini.

“Mereka yang didapati bersalah akan didakwa di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Bekalan Elektrik yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun,” tegasnya.

Katanya lagi, SESCO akan meneruskan kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementeria­n Utiliti bagi memantau dan mencegah aktiviti kecurian elektrik di negeri ini.

 ??  ?? CURI ELEKTRIK: Kamal ditemani juruteknik Sarawak Energy menunjukka­n penyambung­an haram langsung tanpa melalui meter.
CURI ELEKTRIK: Kamal ditemani juruteknik Sarawak Energy menunjukka­n penyambung­an haram langsung tanpa melalui meter.
 ??  ??
 ??  ?? BERJAYA DIKESAN: Juruteknik Sarawak Energy menunjukka­n penyambung­an haram yang dilakukan sebuah premis di kawasan komersial Tabuan Tranquilit­y, Kuching.
BERJAYA DIKESAN: Juruteknik Sarawak Energy menunjukka­n penyambung­an haram yang dilakukan sebuah premis di kawasan komersial Tabuan Tranquilit­y, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia