Utusan Borneo (Sarawak)

BOMBA SUKARELA DARO CEKAL PADAM KEBAKARAN RUMAH

-

MUKAH: Ketiadaan Balai Bomba dan Penyelamat di Daro tidak mematahkan semangat 15 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Daro untuk memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pancho sekitar 4.05 pagi semalam.

Sebaliknya, dengan kelengkapa­n yang dimiliki, mereka bekerja keras untuk mengawal kebakaran berkenaan mengikut latihan yang diberikan kepada mereka sebelum ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, terdapat seorang penghuni di rumah ketika kejadian berlaku, namun beliau berjaya menyelamat­kan diri.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal bersaiz 50 kaki x 27 kaki terbakar 100 peratus,” menurutnya.

Kesemua 15 anggota PBS sedaya upaya mengawal kebakaran agar tidak merebak ke rumah berhampira­n.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 pagi sebelum ketibaan anggota Bomba dan Penyelamat Mukah.

Jarak Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dari Daro adalah sekitar dua jam perjalanan dan turut menggunaka­n perkhidmat­an sebuah feri.

Sementara itu di Miri, enam sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah sewa didiami mereka sejak tiga tahun lalu musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Belipat, Niah lewat petang kelmarin.

Rumah tersebut dihuni sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 36 tahun berserta empat anak lelaki berusia 12 hingga 17 tahun.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Enam Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 6.06 petang.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung bersaiz 40 x 40 kaki terbakar 100 peratus.

“Terdapat enam penghuni terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berjaya menyelamat­kan diri dan tidak terlibat sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di semalam.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Roslan Jam telah ditugaskan bagi operasi pemadaman.

“Lokasi kejadian memakan masa hampir satu jam dari BBP Miri. Setibanya di lokasi pada jam 7 malam, anggota bomba terus menjalanka­n operasi pemadaman menggunaka­n pam angkut untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampira­n.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Niah kira-kira jam 7.15 malam,” katanya.

Punca kebakaran yang melibatkan rumah berusia kira-kira 40 tahun itu masih dalam siasatan pihak bomba.

 ??  ?? KERJA KERAS: Kelihatan beberapa anggota bomba memastikan sisa-sisa kebakaran di Kampung Pancho, Daro dipadamkan sepenuhnya. SIASAT: Anggota bomba melakukan siasatan terhadap kebakaran di Kampung Tanjung Belipat, Niah.
KERJA KERAS: Kelihatan beberapa anggota bomba memastikan sisa-sisa kebakaran di Kampung Pancho, Daro dipadamkan sepenuhnya. SIASAT: Anggota bomba melakukan siasatan terhadap kebakaran di Kampung Tanjung Belipat, Niah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia