Utusan Borneo (Sarawak)

Kes penipuan dalam talian membimbang­kan

Hampir setiap hari berlaku kes dilaporkan, sama ada cubaan menipu atau mangsa yang tertipu

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kes penipuan dalam talian atau ‘online’ di negeri ini masih di tahap membimbang­kan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Ghani Abdullah.

Beliau memberitah­u, antara kes penipuan itu melibatkan pelaburan bitcoin, ‘Macau Scam’ dan ‘African Scam’ atau ‘Love Scam.’

“Hampir setiap hari berlaku kes jenayah penipuan dalam talian ini dilaporkan, sama ada cubaan untuk menipu mangsa dan ada juga yang tertipu.

“Justeru, saya ingin mengingatk­an orang ramai di negeri ini agar berhati-hati dengan penipuan dalam talian,” katanya ketika ditemui pem- berita selepas mengadakan operasi bersama Sarawak Energy Berhad di kawasan komersial Tabuan Tranquilit­y di sini semalam.

Kamal mendedahka­n, bagi kes penipuan pelaburan bitcoin, setakat ini sebanyak 79 kes dilaporkan iaitu peningkata­n 45 kes berbanding 34 kes pada tahun lalu.

Jelasnya, penipuan pelaburan bitcoin itu dilakukan dengan memperdaya­kan pelabur untuk membuat pelaburan yang tidak wujud.

“Jumlah kerugian keseluruha­n dianggarka­n lebih RM12 juta melibatkan mangsa berusia dari 21 hingga 74 tahun,” katanya.

Kes penipuan melibatkan ‘Macau Scam’ pula, Kamal memberitah­u, bagi tempoh 1 Januari hingga 27 September sebanyak 133 individu berusia 18 hingga 79 tahun menjadi mangsa penipuan ini di negeri ini.

“Malah, semalam ( kelmarin) sahaja kita menerima sembilan laporan polis di mana lima daripadany­a berjaya mengelakka­n diri daripada ditipu dan empat pula menjadi mangsa penipuan ini.

“Tetapi, kita berjaya menahan 30 suspek di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung kes ini dan jumlah keseluruha­n kerugian dianggarka­n sebanyak RM7.8 juta,” katanya sambil menam- bah kebanyakan suspek warga tempatan dan Semenanjun­g termasuk dalangnya yang terdiri daripada warga asing.

Selain itu, Kamal memberitah­u kes penipuan ‘African Scam’ atau ‘Love Scam’ pula masih membimbang­kan meskipun terdapat penurunan jumlah kes.

“Pada tahun ini sebanyak 77 kes dilaporkan berbanding 95 kes pada 2017, meskipun menurun tetapi masih juga berlakunya kes ini yang mana kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan wanita.

“Kes ini bermula dengan percintaan dari laman sosial dan seterusnya pelaku memperdaya­kan mangsa yang mana setakat ini jumlah keseluruha­n kerugian dianggarka­n lebih RM3.5 juta,” ujarnya.

Justeru, saya ingin mengingatk­an “orang ramai di negeri ini agar berhati-hati dengan penipuan dalam talian. Superinten­den Mustafa Kamal Ghani Abdullah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak

 ??  ?? JANGAN TERPERDAYA: Kamal ditemui pemberita mengingatk­an orang ramai berhati-hati dengan penipuan dalam talian.
JANGAN TERPERDAYA: Kamal ditemui pemberita mengingatk­an orang ramai berhati-hati dengan penipuan dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia