Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Kebangsaan Petani Muda diadakan hujung tahun

Inisiatif kementeria­n sebagai usaha menarik golongan muda terlibat dalam sektor pertanian negara, kata Salahuddin

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Forum Kebangsaan Petani Muda bakal diadakan pada penghujung tahun ini sebagai usaha menarik golongan muda terlibat dalam sektor pertanian negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, forum yang dipertangg­ungjawabka­n kepada Lembaga Pertubuhan Peladang itu bakal menjadi platform kepada petani muda melahirkan pandangan, aktiviti serta seminar dalam sektor terbabit.

“Kita masih dalam rangka menyiapkan prosedur serta terma dan selepas itu, kita akan melancarka­n forum bagi menggalakk­an anakanak muda menyertai sektor pertanian.

“Kita telah membincang­kan ini di kementeria­n dan penghujung tahun, mungkin selepas Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Antarabang­sa (MAHA), kita lancarkan Forum Kebangsaan Petani Muda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog bersama Peladang, Penternak dan Nelayan yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) di sini, semalam.

Tambah Salahuddin, idea itu lahir selepas beliau mengadakan pertemuan dengan 500 petani muda yang menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen mereka dalam bidang pertanian negara.

Terdahulu, semasa sesi dialog, beliau memberitah­u dua sektor pertanian yang kurang mendapat minat di kalangan anak muda ialah pertanian bersawah dan nelayan.

“Rata-rata dalam sektor pertanian iaitu bersawah padi, mereka yang terlibat kini mencapai usia 60 hingga 70 tahun.

“Bagi nelayan, walaupun kita memberikan subsidi, insentif dan elaun, ia juga kurang mendapat minat di kalangan anak muda.

“Namuan kebanyakan anak muda kita menunjukka­n minat dalam bidang penanaman cili,” katanya.

Mengenai isu lain dalam sesi dialog itu, Salahuddin berkata, kementeria­n akan mengadakan program pemutihan bagi elaun sara diri nelayan bagi mengelakka­n ketirisan, penyelewen­gan dan penipuan.

Katanya, ini bagi memastikan elaun diberi kerajaan sampai kepada nelayan yang benar- benar berkelayak­an iaitu mereka yang bergantung hidup kepada sumber sungai serta laut.

“Pegawai kita akan men- gadakan bancian untuk program pemutihan ini dan berharap mendapat kerjasama daripada pemimpin akar umbi termasuk ketua kaum, wakil rakyat atau ahli jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung (JKKK).

“Ini kerana pegawai malahan saya sendiri tidak mengenali semua nelayan kita melainkan pemimpin akar umbi dan kita mahu anda semua membantu dalam proses pemutihan ini,” katanya.

Kita telah membincang­kan ini di kementeria­n dan penghujung tahun, mungkin selepas Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Antarabang­sa (MAHA), kita lancarkan ” Forum Kebangsaan Petani Muda. Datuk Salahuddin Ayub Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ?? KENANGAN: Salahuddin (empat kiri) dan Uggah (tiga kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama peserta selepas sesi dialog di MPC, semalam.
KENANGAN: Salahuddin (empat kiri) dan Uggah (tiga kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama peserta selepas sesi dialog di MPC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia