Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n, kerajaan negeri komited tangani birokrasi pertanian di Sarawak

-

KUCHING: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bersama kerajaan negeri komited dalam menyelesai­kan isu birokrasi yang melibatkan pertanian di Sarawak.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia bagi memperting­katkan lagi usaha membangunk­an para petani, nelayan dan penternak di Sarawak.

“Kita harus memperting­katkan lagi usaha supaya tidak ada kerenah birokrasi antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri.

“Saya sebelum ini telah mengadakan perbincang­an bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas agar kita menjadi diplomat terbaik di samping diberi mandat pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog bersama Peladang, Penternak dan Nelayan yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) di sini, semalam.

Salahuddin berkata, tugas kedua-dua kerajaan negeri dan persekutua­n sekiranya terdapat sebarang halangan birokrasi maka ia harus diselesaik­an mengikut Perlembaga­an Persekutua­n dan Perlembaga­an Negeri.

“Apa yang penting adalah bagi rakyat kita khususnya petani termasuk Sarawak akan mendapat manfaat daripada kerjasama kukuh serta semangat kedua- dua kerajaan sebagai sebuah negara.

“Dengan pengalaman luas Datuk Amar Douglas Uggah yang pernah dalam menteri persekutua­n sangat membantu kita sekiranya ada perkara berbangkit,” katanya.

Selain itu katanya, salah satu usaha kedua-dua pihak yang menampakka­n ke arah kerjasama itu adalah meneroka sumber- sumber rezeki atau tanaman baharu yang ditumpukan kementeria­n.

Katanya, ini termasuk tanaman fokus seperti kelapa, durian, nanas dan beberapa tanaman lain yang dilihat memberi pulangan besar kepada para petani di negara ini.

“Dalam pertemuan kita bersama kerajaan negeri sebelum ini telah memberi komitmen bahawa sekiranya berlaku isu tanah atau tidak cukup tanah dalam pertanian, kerajaan negeri akan membantu.

“Kerajaan negeri akan memperuntu­kkan tanah yang boleh kita usahakan dalam bidangbida­ng pertanian khususnya kepada tanaman fokus iaitu kelapa, durian dan nanas,” katanya.

Sementara itu Uggah berkata, kini kerajaan negeri dan persekutua­n mempunyai satu penyelaras­an mengenai pelbagai program pertanian di Sarawak.

Katanya, ia merupakan langkah wajar agar segala bantuan dan matlamat kepada golongan sasar dapat disampaika­n.

“Matlamat kita sama iaitu untuk meningkatk­an taraf hidup petani dan kita menentukan segala program kerajaan sampai kepada rakyat.

“Apabila ada birokrasi yang menghalang kejayaan program ini, kita akan selesaikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia