Utusan Borneo (Sarawak)

KM saksikan pemeteraia­n dua MoU di San Jose, AS

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksika­n pemeteraia­n dua Memorandum Persefaham­an (MoU) di San Jose dekat San Francisco di California, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lepas.

Pemeteraia­n MOU tersebut sudah pasti akan membuka laluan bagi mempercepa­tkan proses pendigital­an Sarawak.

MoU pertama ditandatan­gani di antara syarikat berpangkal­an di Sarawak iaitu PPTelekom dan Cisco, peneraju global dalam teknologi pusat data dengan ibu pejabat di San Jose.

Memorandum ini merupakan inisiatif swasta antara PPTelekom dan Cisco untuk mempercepa­tkan pembanguna­n Hab Pusat Data Mega ( MDC) di Sarawak dengan perbankan ke atas kelebihan strategik negeri iaitu kekayaan kuasa hidro, cuaca yang selamat dan stabil dan lokasi strategik di pusat Asia.

MoU kedua ditandatan­gani antara Sarawak Informatio­n System (SAINS) dan Cisco untuk mempercepa­tkan transforma­si Sarawak daripada ekonomi bergantung penuh kepada sumber diperbahar­ui kepada pendigital­an.

Kerjasama ini akan membantu untuk membina platform pintar selamat sebagai asas bagi transforma­si digital negeri dan juga pembanguna­n keupayaan keselamata­n siber terkemuka untuk melindungi rakyat Sarawak, aset digital dan perniagaan.

Ketua Menteri dalam amanatnya selepas majlis menandatan­gani MoU tersebut menyatakan keyakinan bahawa sistem ‘big data’ yang selamat akan menjadi enjin pertumbuha­n bagi Sarawak dalam dekad yang akan datang.

Pendigital­an katanya, akan menjadi laluan depan bagi Sarawak selari dengan trend dunia ke arah realisasi ekonomi berdasarka­n teknologi digital.

Ketua Menteri serta rombongann­ya tiba di San Francisco pada Rabu lepas bagi lawatan kerja rasmi keduanya ke luar negara.

Terdahulu, delegasi melawat Fasiliti Penyelidik­an dan Inovasi di Kampus Universiti Stanford dan diberi taklimat mengenai pendidikan, penyelidik­an dan inovasi di universiti tersebut sebelum dibawa untuk lawatan ke makmal, fasiliti penyelidik­an dan pendidikan di kampus yang terletak di Selatan San Francisco.

Di Ibu Pejabat Cisco, delegasi mengikuti pembentang­an mengenai masa depan teknologi dan impaknya, negara dan pendigital­an kerajaan dan juga gambaran mengenai platform jaringan pintar selamat bagi perkhidmat­an kerajaan.

 ??  ?? TERMETERAI: Pengurus Jualan Cisco Malaysia, Cendric Yang (kanan) menandatan­gani bagi Cisco dan PPTelekom diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Patrick H.P. Lau disaksikan Abang Johari (tengah) dan wakil dari kedua-dua syarikat.
TERMETERAI: Pengurus Jualan Cisco Malaysia, Cendric Yang (kanan) menandatan­gani bagi Cisco dan PPTelekom diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Patrick H.P. Lau disaksikan Abang Johari (tengah) dan wakil dari kedua-dua syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia