Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS meterai MoA dengan NCWU untuk tubuhkan Pusat Bahasa Cina

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) semalam memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan North China University of Water Resources and Electric Power (NCWU) untuk menubuhkan Pusat Bahasa Cina di UCTS.

UCTS diwakili oleh Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Timbalan Naib Canselor NCWU Profesor Xie Wei mewakili NCWU.

Majlis memeterai perjanjian disaksikan oleh Pengerusi UCTS dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EDagang Dato Sri Wong Soon Koh dan Timbalan Konsul Jeneral China di Kuching Zhang Yang.

Menerusi ucapannya, Wong berkata, UCTS telah mengorak langkah baharu muncul sebagai insitusi pen- gajian tinggi pertama di Borneo menubuhkan Pusat Bahasa Cina menerusi perjanjian yang dimeterai.

“NCWU membuat pilihan terbaik apabila menjalin kerjasama dengan UCTS untuk menubuhkan Pusat Bahasa Cina yang berperanan penting dalam pembanguna­n pendidikan.

“Kami berharap hubungan kerjasama ini berjalan lancar dan diteruskan bukan sahaja dalam bidang pendidikan, turut melibatkan budaya dan hubungan diplomatik,” ujarnya.

Sementara itu, Zhang menyifatka­n perjanjian tersebut sebagai satu detik bermakna dan berharap ia akan terus mengukuhka­n hubungan dua hala negara China dan Malaysia.

“Kami akan sentiasa memberi sokongan kepada keduadua pihak untuk menjalin kerjasama yang dapat mengukuhka­n hubungan dua hala negara,” jelasnya.

NCWU ditubuhkan pada 1951 di Zhengzhou, Henan, sebuah universiti awam yang khusus dalam bidang sumber air dan kuasa hidro.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik) UCTS Profesor Datuk Dr Sabarudin Mohd dan delegasi NCWU.

 ??  ?? TERMETERAI: Khairuddin (dua kiri) bertukar dokumen MoA dengan Xie (dua kanan) sambil disaksikan oleh Wong (kanan) dan Zhang (kiri) di UCTS, semalam.
TERMETERAI: Khairuddin (dua kiri) bertukar dokumen MoA dengan Xie (dua kanan) sambil disaksikan oleh Wong (kanan) dan Zhang (kiri) di UCTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia