Utusan Borneo (Sarawak)

Galeri ‘The Ranee: Margaret of Sarawak’ tarikan baharu Papar kisah wanita yang berperanan besar dalam setiap keputusan yang dibuat ketika pemerintah­an Rajah Brooke

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Galeri pameran ‘The Ranee: Margaret of Sarawak’ yang dibuka semalam merupakan satu tarikan baharu yang mesti dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara ketika berada di bandar raya ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kunjungan ke bandar raya bersejarah ini tidak akan lengkap jika pengunjung tidak singgah ke galeri tersebut.

“Hari ini (semalam) merupakan hari bersejarah bagi kita dengan pembukaan galeri ini yang mempamerka­n kehidupan luar biasa, legenda dan legasi Ranee Margaret Sarawak yang memainkan peranan besar dalam sejarah Sarawak.

“Meskipun kisah wanita ini tidak banyak diceritaka­n dalam buku sejarah, tetapi jika dilihat dari sudut pandangan lain, beliau memainkan peranan besar dalam setiap keputusan yang dibuat ketika pemerintah­an Rajah Brooke ketika itu.

“Tanpa beliau (Ranee Mar- garet) tempat seperti Astana dan Kubu Margherita mungkin tidak wujud kerana Astana dibina untuknya dan Kubu Margherita dinamakan sempena beliau,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pembukaan Galeri ‘The Ranee: Margaret of Sarawak’ di Kompleks Mahkamah lama di sini semalam.

Abdul Karim turut berterima kasih kepada Yayasan Brooke yang dipimpin oleh Jason Desmond Anthony Brooke, cucu Rajah Muda terakhir yang sudi membawa koleksi Ranee Margaret untuk dipamerkan di galeri tersebut.

Selain mempamerka­n sejarah mengenai kehidupan luar biasa, legenda dan legasi Ranee Margaret Sarawak, galeri itu turut menghimpun­kan koleksi barangan peribadiny­a yang memiliki nilai sejarah tinggi antaranya kebarung panjang paras lutut yang diperbuat daripada sutera Cina yang kaya dengan warna ungu, warna trasidiona­l bagi golongan diraja Eropah.

Turut dipamerkan kain songket limar Sarawak yang dihasilkan untuk Ranee oleh rakan-rakan Melayunya yang merupakan contoh terbaik tekstil hasil tenunan tradisiona­l Melayu yang kebiasaann­ya dikaitkan dengan golongan diraja.

Satu lagi koleksi bernilai sejarah tinggi milik Ranee yang dipamer ialah tudung keringkam Sarawak yang dihasilkan daripada kain kuning mewah dengan reka bentuk motif yang rumit disulam di sekeliling­nya.

Terdapat juga blaus keringkam Ranee sekitar 1900 yang merupakan rekaan unik Ranee menggabung­kan unsur-unsur pakaian Eropah dan Sarawak.

Dua helai keringkam Sarawak dicantumka­n menjadi lengan- lengan pada blaus yang mempunyai reka bentuk Eropah.

Galeri tersebut dibuka pada setiap Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERSEJARAH: Jason (kanan) menerangka­n kepada Abdul Karim (dua kanan) serta yang lain mengenai kebarung panjang dari sutera Cina milik Ranee yang dipamerkan di Galeri ‘The Ranee: Margaret of Sarawak.’
— Gambar Chimon Upon BERSEJARAH: Jason (kanan) menerangka­n kepada Abdul Karim (dua kanan) serta yang lain mengenai kebarung panjang dari sutera Cina milik Ranee yang dipamerkan di Galeri ‘The Ranee: Margaret of Sarawak.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia