Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk tempatan digalak kenali layang-layang tradisi

-

BINTULU: Penduduk tempatan digalak mengenali layang-layang tradisi yang berakar umbi kukuh di negara ini menerusi bengkel membuat wau tradisi oleh Persatuan Wau Terengganu.

Inisiatif itu dibuat sempena Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu 2018 sejak 26 September hingga Ahad ini di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Ahli jawatankua­sa Persatuan Wau Terengganu Ahmad Helmi Hanif Abdul Halim, 36, berkata, lebih ramai penduduk Bintulu dan Sarawak amnya diharap mengenali lebih dekat wau tradisi yang ada di negara ini menerusi bengkel sedemikian.

“Kalau Sarawak ada wau tradisinya sendiri iaitu Wau Merak (Burung Merak) manakala di Kelantan pula ada Wau Puyuh (Burung Puyuh). Tetapi untuk bengkel yang kami adakan ini, kami hanya membuat wau tradisi asas Malaysia.

“Wau ini khusus untuk pertanding­an sahaja memandangk­an sekiranya ada pertanding­an, semua negeri yang bertanding akan membuat wau jenis ini,” ujarnya semasa ditemui Utusan Borneo di tapak festival di sini semalam.

Mengulas mengenai cara pembuatan wau tersebut, Ahmad Helmi berkata, langkah pertama ialah membuat rangka dan tiga wau tradisiona­l yang biasanya dibuat ialah Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

“Selepas membuat rangka, kami akan melukis corak bunga untuk ditampal pada rangka tersebut. Corak itu ditebuk pada kertas, dilipat pada empat bahagian dan ditebuk pada satu bahagian sahaja dan apabila dibuka, maka semua bahagian akan terkena tebuk tersebut.

“Keadaan ini lebih menjimatka­n masa dan kami akan menampal warna asas antaranya warna emas atau warna berkilat. Seterusnya bahagian kertas tersebut dipotong dan ditampal dengan yang lain.

“Apabila telah ditebuk dan puas hati dengan warnanya, kertas itu akan ditampalka­n pada rangka tersebut,” tambahnya.

Beliau berkata, langkah terakhir ialah membuat membuat rambu atau jambul pelbagai warna pada hujung wau disusuli pembuatan tali teraju dengan tiga tali teraju akan dibuat pada wau bulan.

Dari segi saiz pula katanya, untuk pertanding­an peringkat kebangsaan wau yang dibuat perlu dibuat 3 kaki x 3 kaki, namun wau yang dibuat pada bengkel itu tidak dipertandi­ngkan sebaliknya sebagai pendedahan kepada orang ramai untuk mengenali wau tradisi Malaysia.

Sebagai pewaris pembuatan wau daripada ayahnya yang mula membuat wau tradisi itu pada 1980-an katanya, buat masa sekarang pihaknya belum ada tempat membuat atau bengkel-bengkel serta pusat membuat wau di Terengganu, sebaliknya hanya membuatnya di rumah sahaja.

“Mungkin pada masa depan kami akan membuat bengkel untuk tujuan tersebut sebagai satu pendedahan kepada anak- anak muda. Di Terengganu, ramai yang mahir membuat wau yang ditampal dengan kertas kosong biasa, tetapi mereka belum mahir untuk membuat corak wau,” jelasnya.

Selain Ahmad Helmi, turut mengendali­kan bengkel pembuatan wau tradisi itu ialah Mohd Zamri Mohd Latif, Mohd Hafiz Mazelan dan Adzman Mohd Suhaimi yang juga ahli persatuan tersebut.

 ??  ?? MENARIK: Ahmad Helmi menunjukka­n wau tradisi buatan tangan mereka.
MENARIK: Ahmad Helmi menunjukka­n wau tradisi buatan tangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia