Utusan Borneo (Sarawak)

Katedral St Joseph anjur Hari Keluarga Parish 2018 esok

-

KUCHING: Katedral St Joseph (SJC) akan menganjurk­an Hari Keluarga Parish 2018 di pekarangan katederal tersebut pada Ahad ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Program amal itu yang sebelum ini dikenali sebagai Pesta dan Jualan Parish merupakan acara tahunan sejak 13 tahun lalu.

Objektif penganjura­n adalah untuk mengumpul bantuan sebanyak RM300,000 bagi Dana Pengurusan dan Operasi Archdioces­an Curia & Cathedral Pastoral Centre ( ACCPC) yang terletak berdekatan lampu isyarat Sarawak Club.

Pada masa sama, ia juga bertujuan untuk menjalinka­n hubungan persahabat­an dan nilai kekitaan dan perkhidmat­an dalam komuniti parish dan masyarakat Kuching.

SJC Parish adalah ibu gereja bagi masyarakat Roman Katolik.

Sejak pemberkata­n dan pembukaan ACCPC pada 19 Mac 2013, pelbagai acara, aktiviti dan konsert dianjurkan di pusat tersebut.

Dewan Besar St Joseph dengan kapasiti 700 orang dan Auditorium Mater Domini dengan 200 tempat duduk juga boleh ditempah oleh kumpulan luar dari gereja.

Sementara itu, sebanyak 83 gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman dan serta produk kraf tangan dibuka kepada orang ramai pada Ahad ini.

Selain ‘outdoor games’, program tersebut turut menampilka­n persembaha­n kebudayaan oleh masyarakat Indonesia dan Filipina serta sesi zumba.

Manakala, pameran diadakan di lobi dengan dua slot disediakan iaitu jam 9 pagi dan 11 pagi untuk sesi lawatan di Galeri Sejarah yang terletak di Aras Satu.

Ibu bapa digalak membawa anak- anak mereka ke Aras Dua ACCPC untuk pelbagai aktiviti yang menyeronok­kan seperti melukis muka, membuat tatu, kelas tarian, pertunjuka­n silap mata dan banyak lagi.

Kupon berharga RM10 atau RM50 bagi setiap buku turut disediakan untuk jualan di tapak program.

Maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Parish Katedral di talian 082-423424 ( Nelly atau Ann) pada waktu pejabat atau layari laman web http:// www. stjosephku­ching.org.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia