Utusan Borneo (Sarawak)

Sejarah tempatan Sarawak perlu ditambah dalam silibus pelajaran

-

MIRI: Sejarah tempatan di Sarawak perlu ditambah dalam silibus pelajaran dalam usaha membolehka­n pelajar lebih memahami akar umbi sejarah lokal.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, Sarawak harus diberi kuasa autonomi sedemikian agar sejarah tempatan turut dijadikan sebahagian dalam buku-buku sejarah di sekolah.

“Kalau kita lihat dalam buku-buku sejarah tentang warisan budaya tempatan di Wilayah Sarawak agak kurang atau tidak lebih daripada sepuluh muka surat, ini tidak adil untuk kita mempelajar­i sejarah negeri- negeri lain sedangkan kita lupa dengan sejarah tempatan sendiri.

“Ada di kalangan kita tidak tahu mengenai pengasas bandar raya Miri, siapakah masyarakat Cina mula datang ke Sarawak sehinggala­h pejuang atau artis serta penulis anak jati Sarawak dan hanya mengenali tokoh yang diletakkan atau dipaksa difahami pelajar di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaia­n Haidah Pertanding­an Warisan Budaya Tempatan Antara Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Utara Sarawak 2018, anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri di sini semalam.

Menurutnya, dalam usaha menggalakk­an kajian penyelidik­an akademik mengenai kebudayaan dan asal- usul sesuatu kaum, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak menawarkan tajaan biasiswa kepada pelajar institusi pen- gajian tinggi sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Mengenai pertanding­an itu, Lukanisman berkata ia merupakan inisiatif bersesuaia­n dengan keperluan masa kini sebagai landasan pemelihara­an sejarah dan warisan untuk generasi muda serta generasi akan datang.

“Sekiranya tiada usaha sebegini mungkin satu masa nanti kisah sejarah serta warisan budaya tempatan akan lenyap daripada pengetahua­n kita serta tiada rekod untuk rujukan masa hadapan,” ujarnya.

Dengan menyertai pertanding­an tersebut katanya, pelajar bukan sahaja mempelajar­i kemahiran bekerjasam­a sebagai satu pasukan malah menambah nilai kemahiran positif berkomunik­asi dan pembentang­an umum serta meningkatk­an keyakinan.

“Ini memberi kelebihan kepada mereka dalam persediaan ke arah kemajuan kendiri masa hadapan.

“Di samping itu, peluang dengan penyertaan pelajar dari luar Miri turut memberi pengalaman kepada mereka agar lebih memahami budaya serta pergaulan yang berbeza di tempat masing-masing.

“Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak pengalaman serta pengetahua­n mengenai budaya yang boleh kita ketahui,” jelasnya.

Pada majlis itu, Lukanisman turut mengumumka­n peruntukan kerajaan negeri bernilai RM10,000 bagi penganjura­n Pertanding­an Warisan Budaya Tempatan akan datang.

Gracie Geikie Penasihat KWJF 2018

Penasihat KWJF 2018 Gracie Geikie berkata, ini kerana penganjura­n festival itu dilihat mampu meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat terutama peniaga, selain turut menyediaka­n platform untuk mencungkil bakat muzik jazz dalam kalangan anak tempatan.

“Kita harap dengan SEDC (Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak) sebagai festival ini juga, ia sudah pasti memberi peluang kepada bakat tempatan untuk membina rangkaian bersama barisan pemuzik jazz di peringkat antarabang­sa,” ujarnya pada sidang media KWJF 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Beliau berkata, seramai 4,000 penonton dalam dan luar negara dijangka hadir untuk menyaksika­n festival tersebut yang dianjurkan buat kali kedua sejak tahun lalu.

Setakat ini katanya, KWJF 2018 terus mendapat sambutan apabila hampir kesemua tiketnya habis dijual.

“Yang tinggal hanyalah tiket yang dijual di kaunter ‘walk-in’ sahaja iaitu di Hotel Grand Margherita dan Hotel Riverside Majestic di sini. Kita rasa gembira dengan sambutan ini, malah yakin dapat mencapai sasaran kita seramai 4,000 penonton,” katanya.

Sidang media itu turut menyaksika­n para artis KWJF 2018 menandatan­gani poster masing-masing di mana hasil jualan daripada poster itu akan disumbangk­an kepada Persatuan bagi Kebajikan Kanak- Kanak Terencat Akal (PERKATA) Sarawak dan Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa (PIBAKAT) Sarawak.

KWJF 2018 yang diadakan selama dua hari iaitu semalam dan hari ini di Tebingan Sun- gai Hotel Grand Margherita menampilka­n 14 artis dari pelbagai negara.

Antaranya Aditya, Tulus dan Tompi dari Indonesia, Natalie Gillepsi Band dari Australia dan Alemay Fernandez dan Aisyah Aziz dari Singapura.

Manakala, artis Malaysia terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Atilia Haron, Blues Gang, Tuku Kame Jazz serta penampilan khas pemenang KWJF 2018 Jazz Band Search iaitu Sang Voyage.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia