Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat SK Tiong anjur majlis sambutan ulang tahun ke-60

-

SIBU: Kumpulan Syarikat SK Tiong mengadakan sambutan ulang tahun ke-60 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Presiden kumpulan syarikat Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok serta isteri Puan Sri Datin Wong Bak Hee pada majlis itu turut menyampaik­an anugerah kepada pekerja syarikat yang telah lama berkhidmat.

Dalam ucapannya, Tiong berkata semangat rajin dan tidak mudah berputus asa menjadi sandaran untuk berjaya dalam kehidupan sehingga berjaya membina empayar perniagaan sendiri.

Atas minat dalam perniagaan, beliau telah berjaya mengembang­kan perniagaan­nya di dalam dan luar negara sehingga menjadi antara tokoh korporat paling berjaya di negeri ini.

“Tanpa berbekalka­n semangat dan tekad yang bersungguh- sungguh kita mungkin tidak akan berjaya. Dalam dunia ini tiada yang mustahil sekiranya kita betul- betul berusaha dengan gigih untuk berjaya,” ujarnya.

Majlis turut diserikan lagi dengan sambutan hari jadi Tiong yang ke-76 yang juga Pengerusi CCK Consolidat­ed Holdings Bhd dan Pengerusi Eksekutif Nam Cheong Limited.

Perniagaan Kumpulan Syarikat SK Tiong ialah ikan dan udang beku, pemprosesa­n produk akuatik, udang harimau dan ternakan udang organik, akuakultur, ternakan, pembinaan kapal, pembanguna­n hartanah, mewujudkan pasaran ayam dan pengedar makanan serta minuman.

CCK Fresh Mart milik kumpulan syarikat merupakan rangkaian perniagaan yang paling dikenali, yang menjual pelbagai produk akua dan makanan sejuk beku.

Rangkaian CCK Fresh Mart ini boleh didapati di Sibu, Sarikei, Miri, Kuching dan telah diperluask­an ke Sabah, Malaysia Barat, Jakarta dan Pontianak.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Tiong (empat kanan) menyuapkan kek kepada Wong semasa sambutan ulang tahun Kumpulan Syarikat SK Tiong Ke-60, malam kelmarin.
ULANG TAHUN: Tiong (empat kanan) menyuapkan kek kepada Wong semasa sambutan ulang tahun Kumpulan Syarikat SK Tiong Ke-60, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia