Utusan Borneo (Sarawak)

Ia melibatkan semua wakil rakyat pembangkan­g dan GPS, sekarang bukan masa untuk menuding jari: Irene

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sibu meminta agar mesyuarat tergempar diadakan untuk membincang­kan dan menangani penularan wabak rabies di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang berkata, isu ini perlu melibatkan semua wakil rakyat pembangkan­g dan Gabungan Parti Rakyat Sarawak ( GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Irene berkata, beliau dan ADUN Pelawan David Wong akan menghantar petisyen bersama kepada Abang Johari bagi meminta persetujua­n beliau untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

“Penularan wabak rabies semakin serius dan sekarang

Kedua-dua pihak perlu bekerjasam­a dengan semua sektor termasuk pemimpin masyarakat mencari jalan bagi memerangi penyebaran wabak penyakit tersebut.

bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa.

“Kedua-dua pihak perlu bekerjasam­a dengan semua sektor termasuk pemimpin masyarakat mencari jalan bagi memerangi penyebaran wabak penyakit tersebut,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri telah mengisytih­arkan lima kawasan baharu yang terjejas rabies menjadikan keseluruha­nnya 41 kawasan positif rabies setakat ini.

Kawasan-kawasan berkenaan ialah Jalan Teng Chin Hua di Sibu, Jalan Kilang (Bintangor), Meradong, Sarikei, Jalan Lapangan Terbang Lama (Kapit), Piasau Jaya dan Lutong Shell, Miri.

Irene berkata, statistik menunjukka­n penularan wabak tersebut semakin meningkat dan langkah-langkah menanganin­ya dengan segera sangat diperlukan.

“Walaupun terdapat tindakan yang telah diambil oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, namun ia masih belum mencukupi untuk menghalang penyebaran wabak tersebut ke 41 kawasan dalam tempoh 15 bulan, iaitu purata 2.7 kawasan baru sebulan,” ujar beliau.

Kes pertama dilaporkan pada 4 Julai tahun lepas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling pula mahu Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) ‘bekerja lebih keras’ untuk menangkap anjing-anjing liar.

“Terdapat satu kes di Sibu. Ujian makmal sedang dijalankan menerusi beberapa sampel. Kita berharap semuanya dalam terkawal,” jelas beliau yang turut hadir pada sidang media itu.

Irene Chang ADUN Bukit Assek

 ??  ?? PERLU KERJASAMA SEMUA: Irene ( dua kanan) menunjukka­n petisyen yang akan dihantar kepada Ketua Menteri pada sidang media di Sibu, semalam.
PERLU KERJASAMA SEMUA: Irene ( dua kanan) menunjukka­n petisyen yang akan dihantar kepada Ketua Menteri pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia