Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Warga Miri diseru ambil langkah berjaga-jaga

-

MIRI: Warga Miri diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada digigit anjing terutama pembawa virus rabies.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, walaupun belum ada penduduk di sini terkena virus tersebut, mereka tidak boleh memandang mudah perkara itu kerana ia melibatkan keselamata­n awam.

“Belum ada penduduk di Miri terkena virus rabies kerana setakat ini ia hanya menjangkit­i anjing. Namun saya nasihatkan penduduk Miri berhati-hati.

“Bagi pemilik anjing dan kucing, saya nasihatkan agar mereka tidak melepaskan haiwan tersebut ke luar kawasan rumah kerana bimbang dijangkiti,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Kesihatan Bahagian Miri semalam.

Sebastian menambah, Jabatan Veterinar mengesahka­n sampel yang diambil daripada anjing di kawasan Piasau Jaya dan Lutong adalah positif virus rabies.

Beliau menambah, sekiranya digigit, mangsa perlu mengambil langkah sewajarnya termasuk mencuci kesan gigitan selama 15 minit di bawah air mengalir dan mendapatka­n rawatan secepat mungkin.

Terdahulu, Sebastian diberi taklimat mengenai persiapan bagi menghadapi jangkitan virus rabies di Miri oleh pegawai kanan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri termasuk Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.

Beliau menambah, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dan Hospital Miri sudah bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada jangkitan terhadap manusia.

“Setakat ini saya dimaklumka­n vaksin untuk manusia di hospital mencukupi,” katanya.

Semalam, Sarawak mengisytih­arkan lima kawasan baharu wabak rabies iaitu Jalan Teng Chin Hua di Sibu, Jalan Kilang (Bintangor), Meradong, Sarikei, Jalan Lapangan Terbang Lama (Kapit), Piasau Jaya dan Lutong Shell, Miri.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri ( JBPN) Sarawak berkata, ini menjadikan jumlah kawasan positif rabies meningkat ke 41 setakat ini. SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri meninjau beberapa projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) ADUN Lingga 2018 di kawasan Ladong dan Lemanak di sini pagi semalam.

Antara projek tersebut ialah bina baharu parit konkrit bertutup Kampung Hulu Lemanak sepanjang 105 meter dengan kos projek RM100,000 dengan agensi pelaksanan­ya ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sri Aman.

Turut dilawati ialah projek naik taraf jalan di Kampung Tanjung Engkabang Hilir dengan kos projek RM60,000 yang dilaksanak­an Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Selain itu, naik taraf Dataran Kejat Dewan Masyarakat Kampung Hulu (RM50,000) dan projek membina pagar kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah (RM70,000) masing-masing dilaksanak­an MDSA.

Simoi ketika ditemui berkata, kesemua projek yang sedang dan akan dilaksanak­an itu adalah peruntukan dari- pada kerajaan Sarawak.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya harap semua projek yang sedang dan akan dilaksanak­an di kawasan DUN Lingga akan memberikan manfaat kepada rakyat kita,” ujarnya. MIRI: Pustaka Negeri Sarawak Miri ( P u s t a k a M i r i ) melanjutka­n tempoh operasi sepanjang musim peperiksaa­n sekolah.

Tempoh lanjutan bermula 1 Oktober hingga 30 November iaitu jam 10 pagi hingga 9 malam dari Isnin hingga Jumaat dan jam 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad.

Pustaka Miri dalam kenyataan medianya memberitah­u, waktu dilanjutka­n untuk membolehka­n pelajar melakukan semakan serta ulang kaji.

Di samping itu, langkah untuk memenuhi permintaan pelanggan dan pelajar menggunaka­n kemudahan Pustaka Miri yang komited membantu warga pelajar cemerlang dalam pengajian dan mencapai impian mereka dari segi akademik dan gaya hidup.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pustaka Miri menerusi talian 085422525 atau e- mel kepada Lilian Baun Pulo ( l i l i anbp@ sarawak. gov. my) atau Mohd Khadzrie Mohd Ramzie Faizal ( khadzrrf@ sarawak. gov. my).

 ??  ?? INISIATIF HIJAU: Rogayah (baris hadapan dua kanan) semasa merasmikan mesin kompos di Pasar Sentral Sibu, kelmarin.
INISIATIF HIJAU: Rogayah (baris hadapan dua kanan) semasa merasmikan mesin kompos di Pasar Sentral Sibu, kelmarin.
 ??  ?? TINJAU: Simoi (tengah) meninjau salah satu projek RTP yang sedang dilaksanak­an di kawasannya semalam.
TINJAU: Simoi (tengah) meninjau salah satu projek RTP yang sedang dilaksanak­an di kawasannya semalam.
 ??  ?? PENERANGAN: Sebastian (kanan) dan Dr Jack diberi penerangan mengenai penyakit rabies di Pejabat Kesihatan Bahagian Miri semalam.
PENERANGAN: Sebastian (kanan) dan Dr Jack diberi penerangan mengenai penyakit rabies di Pejabat Kesihatan Bahagian Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia