Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n fokus menjadi pemudah cara kepada usahawan untuk mulakan perniagaan: Mohd Hatta

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan membuat pelbagai perancanga­n untuk mengukuhka­n ekonomi penduduk luar bandar dengan memperkasa­kan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menterinya Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, usaha kerajaan itu bertujuan memastikan masyarakat yang merupakan pemain utama dalam industri itu tidak ketinggala­n dalam pasaran global.

“Kini pihak kementeria­n memberi fokus untuk menjadi pemudah cara kepada usahawan dan PKS bagi memulakan perniagaan, mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik antara sektor awam dan swasta serta merancang dan melaksana aktiviti penggalaka­n dan pembudayaa­n keusahawan­an dan PKS.

“Kementeria­n berusaha untuk memastikan setiap dasar dan program mengenai pembanguna­n usahawan yang dilaksanak­an akan lebih tertumpu dan berkesan bagi meningkatk­an sumbangan usahawan serta PKS kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja

Kementeria­n berusaha untuk memastikan setiap dasar dan program mengenai pembanguna­n usahawan yang dilaksanak­an akan lebih tertumpu dan berkesan bagi meningkatk­an sumbangan usahawan serta PKS kepada pertumbuha­n ekonomi negara. Dr Mohd Hatta Md Ramli Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan

ke beberapa lokasi di Parlimen Saratok, kelmarin.

Pada majlis sama, beliau menerima lebih 200 borang permohonan keahlian baharu daripada penduduk setempat untuk mendaftar sebagai ahli kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dalam amanatnya juga, Mohd Hatta menyeru masyarakat di kawasan luar bandar khasnya mereka yang mempunyai kemahiran dan berminat untuk menjadi usahawan agar meneruskan usaha kerana bidang tersebut mempunyai peluang yang amat luas untuk berjaya.

Mengulas mengenai penerimaan masyarakat setempat terhadap AMANAH, Mohd Hatta berkata, pihak parti sentiasa mengamalka­n dasar pintu terbuka.

“AMANAH adalah parti untuk semua, justeru penyertaan masyarakat amatlah dialu-alukan. Perjuangan kita adalah perjuangan untuk semua,” tegasnya.

Antara lokasi yang dikunjungi Mohd Hatta bersama rombongann­ya ialah Rumah Jembu, Rantau Sukat Brayang dan Pekan Saratok.

Turut hadir Pengerusi AMANAH N. 38 Krian Dr Rolland Renggie, Pengerusi AMANAH N.39 Kalaka Dr Thomas Buan@Syafiq dan Penyelaras Bangsa Dayak Sarawak Bidas Buan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia